Tujuh beranak tinggal sehelai sepinggang

Wan Hassan menunjukkan rumah yang menjadi tempat mereka sekeluarga berteduh musnah dalam kebakaran di Kampung Bagus.
Wan Hassan menunjukkan rumah yang menjadi tempat mereka sekeluarga berteduh musnah dalam kebakaran di Kampung Bagus.
A
A
A

RANTAU PANJANG - Tujuh beranak tinggal sehelai sepinggang selepas rumah mereka di Kampung Bagus di sini terbakar hari ini.

Kejadian sekitar jam 12.50 tengah hari itu menyebabkan pemilik rumah berkenaan, Wan Hassan Wan Ahmad, 45, turut mengalami kerugian apabila barangan perniagaan milik isteri Nasa Che Ibrahim, 43, gagal diselamatkan.

Wan Hassan berkata, ketika kejadian dia sedang menonton televisyen bersama anak bongsunya, Wan Haziq, 4, di dalam sebuah bilik di tingkat atas sebelum dikejutkan dengan bunyi letupan kecil.

"Terkejut dengan bunyi itu, saya terus bergegas keluar untuk mencari punca letupan dan mendapati api sudah marak membakar rumah," katanya yang ketika itu hanya tinggal berdua bersama anak bongsunya, sementara isteri dan anak-anak yang lain tiada di rumah.

Menurutnya, tanpa berlengah dia membawa keluar anaknya, Wan Haziq untuk menyelamatkan diri. Namun dia tidak sempat menyelamatkan harta benda lain kerana api marak dengan begitu cepat.

Artikel Berkaitan: