Dua warga emas leka berjudi ditahan

Antara warga emas yang ditahan ketika sedang leka berjudi.
Antara warga emas yang ditahan ketika sedang leka berjudi.
A
A
A

BUKIT MERTAJAM - Dua warga emas antara lapan individu yang ditahan polis ketika sedang leka berjudi di dalam sebuah rumah kedai dalam serbuan yang dilakukan di Jalan Melor, di sini petang semalam.

Serbuan yang dilakukan jam 5.55 petang oleh sepasukan polis dari bahagian Kongsi Gelap, Judi & Maksiat (D7) Ibu Pejabat Polis Daerah Seberang Perai Tengah hasil daripada intipan dan risikan mengenai aktiviti perjudian yang dilakukan kumpulan itu sejak beberapa bulan lalu.

Ketua Polis Daerah Seberang Perai Tengah, Asisten Komisioner Nik Ros Azhan Nik Ab Hamid berkata, kesemua yang ditahan berusia 40 hingga 78 tahun dan polis turut merampas wang tunai berjumlah RM2,340 yang dipercayai wang pertaruhan daripada mereka.

"Ketika serbuan dilakukan, seorang suspek berada di kaunter kedai manakala tujuh lagi sedang leka bermain judi di meja masing-masing.

"Selain wang pertaruhan, polis turut merampas pelbagai barangan lain sepertu dua buah meja kayu, lapan kerusi plastik dan 220 keping daun terup daripada kumpulan terbabit," katanya ketika dihubungi di sini semalam.

Katanya, kesemua yang ditahan dibawa ke Ibu Pejabat Polis Daerah Seberang Perai Tengah untuk tindakan lanjut dan kes itu disiasat mengikut Seksyen 6(1) Akta Rumah Judi Terbuka 1953.

Artikel Berkaitan: