Malang tak berbau

Papapran Twitter tular di media sosial.
Papapran Twitter tular di media sosial.
A
A
A

SHAH ALAM - "Tolong pakai tali pinggang keledar".

Demikian kata-kata nasihat pelayar Twitter kepada pengguna jalan raya setelah dirinya dan teman lelaki terlibat dalam kemalangan jalan raya di NKVE baru-baru ini.

Kemalangan hampir meragut nyawa mereka itu sedikit sebanyak memberi pengajaran amat bernilai untuk dirinya setelah langkah-langkah keselamatan yang diambil dengan memakai tali pinggang keledar.

Lebih mesra dipanggil Bella, dia bagaikan bermimpi ketika terlibat dalam kemalangan yang membabitkan sebuah lori dan kereta jenis Volkswagen.

Menerusi Twitter itu, dia bersyukur kerana ALLAH telah memberi peluang dan menyelamatkan dirinya dari kecelakaan itu.

"Ya ALLAH terima kasih kerana kau masih panjangkan umurku... rasa tidak percaya terselamat dari kemalangan jalan raya yang teruk... ALLAHU...

"Tolong pakai tali pinggang keledar, kalau aku dan teman lelaki tak pakai mungkin kami sudah 'tiada'. Ini kerana kereta masuk bawah lori dan berpusing beberapa kali sebelum terbalik," katanya.

Bagaimanapun Bella tidak menjelaskan punca kemalangan itu berlaku hingga mengakibatkan keretanya remuk terutama di bahagian hadapan.

Artikel Berkaitan:

"Kereta jauh berpusing... Dalam hati, 'janganlah mati dalam keadaan seperti ini'...

"Memang keadaan mengerunkan kerana terdapat sebuah lori treler menghala ke arah kami bagaimanapun sempat mengelak dan tidak melanggar kereta kami yang tengah berpusing. Memang semua berlaku di depan mata, bagai mimpi...

"Kereta rosak teruk... hati-hati semua. Malang tak berbau... ," katanya.

Dalam pada itu, kakak mangsa juga pernah bermimpi bahawa dirinya terlibat dalam kemalangan jalan raya hingga maut sekaligus memberi keinsafan buatnya.

Penularan status di media sosial mengenai kemalangan itu mendapat perhatian netizen.

Netizen, Maizatul Mohd berkata," ALLAHU, seramnya tengok. Betul orang kata malang tak berbau".

Bagi Iman Haziqa, "Terselamat dari kemalangan banyak sebab, antaranya kita selalu bersedekah, doa dari ibu bapa dan ALLAH masih sayang dan rindu doa dari hambanya. Alhamdulillah everything safe. 'Get well soon' Bella".