Presiden Haiti mati dibunuh

 Jovenel Moise. - Foto AFP
Jovenel Moise. - Foto AFP
A
A
A

MOSCOW - Presiden Haiti Jovenel Moise dibunuh di kediaman peribadinya oleh sekumpulan lelaki bersenjata tidak dikenali, lapor Sputnik.

"Kira-kira 1 pagi Rabu... sekumpulan individu tidak dikenali, beberapa daripada mereka berbahasa Sepanyol, menyerang kediaman peribadi presiden dan membunuh ketua negara itu," kata kata Perdana Menteri sementara Claude Joseph dalam satu kenyataan pada Rabu.

Isteri Moise turut cedera ditembak dan kini sedang dirawat, tambahnya.

Perdana Menteri mengutuk serangan yang disifatkan "sangat keji, tidak berperikemanusiaan dan kejam" serta menyeru semua agar bertenang.

Situasi keselamatan adalah terkawal, katanya. - Bernama

Artikel Berkaitan: