Bauksit beri pulangan lumayan

Bauksit memberi pulangan tinggi kepada pemilik tanah dan kerajaan negeri. (Gambar kecil: Md Sohaimi)
Bauksit memberi pulangan tinggi kepada pemilik tanah dan kerajaan negeri. (Gambar kecil: Md Sohaimi)
A
A
A

KUANTAN - Jumlah bauksit di daerah ini dianggarkan seberat 18.5 juta tan matrik bauksit dengan nilai RM2.59 billion mampu memberi pulangan tinggi kepada pemilik tanah dalam kalangan peneroka Felda.

ADUN Sungai Lembing, Datuk Md. Sohaimi Mohamed Shah berkata, pulangan terbabit diperolehi oleh pemilik tanah itu dalam tempoh lapan tahun kerja mengorek bahan mineral itu.

Menurutnya, kerajaan negeri juga memperolehi royalti sebanyak RM259 juta hasil daripada aktiviti terbabit.

“Semua jumlah itu diperolehi jika aktiviti perlombongan bauksit berjalan semula selepas tamatnya tempoh moratorium pada 31 Mac ini.

“Jadi, saya mahu Kerajaan Pusat dan kerajaan negeri membantu melancarkan operasi perlombongan itu dengan syarat memperkenalkan prosedur operasi standard (SOP) ketat.

“Ini bagi memastikan aktiviti terbabit tidak tidak mencemarkan alam sekitar serta menjejaskan penduduk seperti sebelum ini,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika mengadakan sidang media mengenai isu bauksit di pejabatnya hari ini.

Artikel Berkaitan:

Sidang media Adun Sungai Lembing, Datuk Suhaimi Md Shah berkenaan isu bauksit

Posted by Sinar Harian Edisi Pahang on Sunday, February 24, 2019