X

Kindly register in order to view this article
!

Zahid mengaku audio perbualan telefon bersama Anwar suaranya

Ahmad Zahid
A
A

SHAH ALAM - Presiden UMNO, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi mengaku suara di dalam rakaman telefon yang tular bersama Presiden Parti Keadilan Rakyat (PKR), Datuk Seri Anwar Ibrahim sebelum ini adalah suaranya.

Memetik laporan Utusan Malaysia, sumber daripada seorang Majlis Tertinggi UMNO berkata, presiden parti itu membuat pengakuan semasa pertemuan bersama ahli-ahli Parlimen UMNO di Wisma Perwira Angkatan Tentera Malaysia di ibu negara, pada Isnin.

“Selain keputusan mesyuarat yang menolak cadangan menarik semula sokongan kepada kerajaan Perikatan Nasional (PN), beliau (Ahmad Zahid) mengaku itu suaranya dalam perbualan bersama Anwar yang viral tidak lama dahulu. Beliau kata Anwar yang hubunginya.

“Ahmad Zahid juga mengaku telah menandatangani surat akuan bersumpah (SD) menyokong Anwar sebagai Perdana Menteri,” dakwanya.

Semalam, Ahmad Zahid hadir ke mesyuarat yang diadakan secara tertutup oleh Naib Presiden UMNO, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob di Wisma Perwira bagi membincangkan isu keluar daripada kerajaan PN.

ARTIKEL BERKAITAN: Rakaman audio didakwa mirip suara Anwar-Ahmad Zahid tersebar

Zahid nafi perbualannya bersama

Anwar nafi audio perbualan bersama Zahid


Dapatkan laporan yang lebih eksklusif dan kritis, sila layari Sinar Premium
Artikel ini ialah ©️ 2018 Hakcipta Terpelihara Kumpulan Karangkraf. Sebarang salinan tanpa kebenaran akan dikenakan tindakan undang-undang

Newsletter

Berita Telus & Tulus hanya untuk anda setiap hari. Langgan Sekarang!