Tiada laporan kes culik budak

Tular di laman sosial dan aplikasi WhatsApp kononnya seorang kanak-kanak cuba diculik di Kampung Banggol Peradong, Manir, di sini, sejak semalam.
Tular di laman sosial dan aplikasi WhatsApp kononnya seorang kanak-kanak cuba diculik di Kampung Banggol Peradong, Manir, di sini, sejak semalam.
A
A
A

KUALA TERENGGANU- Polis menafikan wujud kes culik membabitkan kanak-kanak sekolah di Kampung Banggol Peradong, Manir, disini, yang menjadi tular di laman sosial dan aplikasi WhatsApp sejak semalam.

Ketua Polis Daerah Kuala Terengganu, Asisten Komisioner Abdul Rahim Md Din berkata, pihaknya tidak menerima sebarang laporan mengenai kejadian tersebut.

"Kita sahkan sehingga kini belum menerima sebarang maklumat atau laporan polis daripada mana-mana mangsa berhubung kejadian itu," katanya kepada pemberita ketika ditemui selepas Perhimpunan Bulanan Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Kuala Terengganu, hari ini.

Beliau bagaimanapun berkata, polis akan mengambil perhatian dan tindakan sewajarnya ke atas maklumat yang telah disebarkan termasuk akan melakukan kekerapan rondaan di sekitar kawasan terbabit.

Abdul Rahim turut menasihati orang ramai sekiranya mempunyai maklumat berkaitan kes itu supaya tampil di mana-mana balai polis berhampiran atau menghubungi Bilik Gerakan IPD di talian 09-6322222.

"Kita juga berharap orang ramai menghentikan penyebaran berita tular itu, sebaliknya memeriksa kesahihan sesuatu maklumat dengan pihak polis terlebih dahulu," katanya.

Semalam, tular di laman sosial dan aplikasi WhatsApp bahawa seorang kanak-kanak cuba diculik oleh penjenayah yang menaiki dua buah van putih bercermin gelap di Kampung Banggol Peradong, Manir, di sini.

Artikel Berkaitan: