Rondaan 5 pagi gagalkan kegiatan seludup beras

Beras yang diisi dalam sebuah kenderaan di sewaktu rondaan dilakukan.
Beras yang diisi dalam sebuah kenderaan di sewaktu rondaan dilakukan.
A
A
A

PASIR MAS - Tindakan sekumpulan lelaki memunggah bungkusan putih dari perahu di Pengkalan Haram Jeram Perdah 2 di sini membongkar kegiatan gelap penyeludupan beras dari negara jiran.

Pegawai Pemerintah PGA Batalion 7 Kuantan, Superintendan Azhari Nusi dalam satu kenyataan di sini berkata, melalui rondaan yang dilakukan, pihaknya berjaya mengagalkan cubaan penyeludupan beras yang bernilai RM2,393.

“Anggota kami menjalankan rondaan pada jam 5 pagi dan ternampak beberapa orang lelaki sedang memunggah beberapa bungkusan warna putih daripada perahu masuk ke dalam sebuah kenderaan di tepi sungai di Pengkalan Haram.

“Menyedari kehadiran anggota, kesemua lelaki tersebut bertindak melarikan diri dan gagal dikesan. Setelah diperiksa, kenderaan tersebut mengandungi 175 kilogram beras pulut dan 292 kilogram beras pelbagai jenama di bahagian tempat duduk belakang,” katanya.

Menurutnya, hasil pemeriksaan lanjut, pihaknya mengesyaki kesemua beras tersebut diseludup dari negara jiran untuk pasaran tempatan.

Beliau berkata, kes akan disiasat di bawah Seksyen 20 Akta Kawal Selia Padi Dan Beras 1994 dan nilai rampasan keseluruhan termasuk sebuah kenderaan ialah RM42,393.

Artikel Berkaitan: