Empat ditahan ketika leka berjudi di dapur

Empat individu didapati bermain judi dan gagal mematuhi SOP hasil pemeriksaan ke atas sebuah rumah di Taman Mutiara Indah, Taman Benta Jaya, Benta, Isnin.
Empat individu didapati bermain judi dan gagal mematuhi SOP hasil pemeriksaan ke atas sebuah rumah di Taman Mutiara Indah, Taman Benta Jaya, Benta, Isnin.
A
A
A

LIPIS - Empat individu termasuk seorang wanita ditahan ketika leka berjudi di sebuah rumah di Taman Mutiara Indah, Taman Benta Jaya, Benta, di sini pada Isnin.

Semua yang ditahan berusia dari 40 hingga 59 tahun itu didapati bermain judi 'tai kee' di ruang dapur rumah berkenaan.

Ketua Polis Daerah Lipis, Superintendan Azli Mohd Noor berkata, hasil pemeriksaan itu, pihaknya turut merampas wang tunai disyaki wang pertaruhan berjumlah RM1,485, cip pelbagai warna, dadu dan pelbagai peralatan lain yang digunakan dalam aktiviti tersebut.

Menurutnya, semua individu tersebut ditahan untuk siasatan lanjut di bawah Akta Judi Rumah Terbuka 1953.

"Kesemua mereka dikompaun masing-masing RM1,500 kerana didapati melakukan kesalahan di bawah Peraturan 17 (1) Peraturan-Peraturan Pencegahan Dan Pengawalan Penyakit Berjangkit (Langkah-Langkah Di Dalam Kawasan Tempatan Jangkitan) 2021," katanya.

Tambah Azli, ketika pemeriksaan dilakukan, mereka gagal mematuhi prosedur operasi standard (SOP) kerana berkumpul tanpa kebenaran pihak berkuasa serta tiada penjarakan fizikal.

Artikel Berkaitan: