SKMM atasi masalah capaian Internet di Kampung Malan

Eddin Syazlee (kanan) menyerahkan sumbangan wang tunai dan komputer riba kepada Mimi Ismaliza. Hadir sama Pengetua Sekolah Menengah Kebangsaan Senaling, Normah Mohd Nor (dua kiri).
Eddin Syazlee (kanan) menyerahkan sumbangan wang tunai dan komputer riba kepada Mimi Ismaliza. Hadir sama Pengetua Sekolah Menengah Kebangsaan Senaling, Normah Mohd Nor (dua kiri).
A
A
A

KUALA PILAH - Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (SKMM) akan berunding dengan penyedia perkhidmatan telekomunikasi bagi mempertimbangkan penyediaan infrastruktur komunikasi seperti Portable Bases Transmitter Station (PBTS) di Kampung Malan, dekat sini dalam waktu terdekat.

Ahli Parlimen Kuala Pilah, Datuk Eddin Syazlee Shith berkata, permohonan untuk membina menara komunikasi baharu di lokasi berkenaan dibuat dalam perancangan Pelan Jalinan Digital Negara (Jendela) akan datang.

"Dalam hal ini, pihak Telekom Malaysia (TM) memberi komitmen untuk menyegerakan penyediaan talian tetap yang dijangka siap pada 31 Disember 2021 berbanding perancangan asal pada Februari 2022.

"Bagi pihak syarikat Digi pula, mereka turut memberi komitmen untuk menaik taraf liputan 4G yang disasarkan pada awal Ogos 2021 di menara terdekat," katany dalam kenyataan kepada Sinar Harian pada Selasa.

Sebelum itu beliau melawat Mimi Izmaliza Malik, 14, dan adiknya Mohamad Izman, 12, yang gigih mengikuti sesi Pengajaran dan Pembelajaran di Rumah (PdPR) di kebun getah di belakang rumahnya di Kampung Malan, pada Isnin.

Dalam kunjungan itu beliau menyampaikan bantuan komputer riba dan wang tunai kepada pelajar berkenaan.

Beliau berkata, walaupun berdepan dengan pelbagai cabaran namun kegigihan dua beradik itu untuk belajar wajar dijadikan contoh kepada pelajar lain.

Sinar Harian melaporkan kegigihan Mimi Izmaliza dan adiknya Mohamad Izman belajar di kebun getah berikutan masalah tiada capaian Internet di rumahnya.

Artikel Berkaitan:

Seawal jam 7 pagi, mereka mendaki bukit sejauh lebih kurang 50 meter dari rumah untuk ke pondok kayu dibina bapanya sebagai tempat belajar.

ARTIKEL BERKAITAN: Dua beradik ikuti PdPR dalam pondok kebun getah