Sakit perut selepas ambil 2,000mg vitamin C sehari

Nur Aqilah (tengah) bersama ayahnya yang mengalami penyakit batu karang akibat terlebih pengambilan vitamin C, Ruslan Bujan (kanan) dan ibu, Norhalimaton Mohd Noor.
Nur Aqilah (tengah) bersama ayahnya yang mengalami penyakit batu karang akibat terlebih pengambilan vitamin C, Ruslan Bujan (kanan) dan ibu, Norhalimaton Mohd Noor.
A
A
A

SHAH ALAM - Malang tidak berbau, begitulah keadaan yang menimpa mangsa yang terpedaya dengan trend pengambilan vitamin C yang disangka boleh melindungi diri daripada jangkitan Covid-19 sehingga memberi kesan sampingan yang berbahaya.

Guru taska, Nur Aqilah Razlan, 21, berkata, keluarganya turut terpedaya dalam mempercayai mitos bahawa pengambilan vitamin C dapat melindungi diri daripada panahan Covid-19.

“Kami sekeluarga mula mengambil pil vitamin C sewaktu pandemik ini dengan tujuan melindungi diri dari Covid-19. Menurut label produk, kami perlu mengambil sebanyak dua biji sehari bersamaan 2,000 miligram (mg) setiap hari.

“Selepas beberapa bulan kami mengambil produk ini, ayah mengalami sakit perut secara tiba-tiba dan berada dalam keadaan yang lemah.

“Walaupun ayah dikenali sebagai seorang yang aktif dan boleh melakukan rutin harian seperti biasa biarpun dalam keadaan yang sakit, namun pada hari tersebut dia hanya terbaring sahaja,” katanya kepada Sinar Harian. Nur Aqilah berkata, selepas membawa ayahnya, Razlan Bujan, 52, ke hospital dan doktor mengesahkan ayahnya menghidap penyakit batu karang.

NUR AQILAH
NUR AQILAH

“Ayah mengalami sakit perut yang parah dan berada dalam keadaan yang sangat lemah. Doktor memberitahu bahawa kami sekeluarga overdose dalam pengambilan vitamin C dan disebabkan itu, ayah mendapat penyakit batu karang.

Artikel Berkaitan:

“Pakar perubatan turut menyatakan bahawa antara produk vitamin yang diambil oleh keluarga kami, hanya satu mempunyai kelulusan Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) dan ayah ditahan selama seminggu di dalam wad untuk mengeluarkan batu karang tersebut,” katanya.

Namun begitu, Nur Aqilah berasa lega apabila selepas selesai pembedahan batu karang itu, ayahnya tidak mengalami sebarang kesan sampingan lanjut.

“Alhamdulillah setakat ini, ayah beransur pulih. Oleh kerana isu ini, kami lebih berhati-hati dan jaga pemakanan dengan mengamalkan buah-buahan menggantikan suplemen.

“Nasihat saya, sekiranya ingin mengambil sesuatu, kita perlu ada ilmu dan rujukan supaya tidak berlaku apa-apa pada tempoh masa yang akan datang,” katanya.

ARTIKEL BERKAITAN:Vitamin C cegah Covid-19 hanya mitos

ARTIKEL BERKAITAN:Obses ambil vitamin C sampai rosak buah pinggang

ARTIKEL BERKAITAN:Terpengaruh dengan rakan ambil suplemen secara berlebihan