Chemat Mustapha dipilih sebagai Ketua Amanah Labuan

Chemat Mustapha
Chemat Mustapha
A
A
A

LABUAN - Ahli politik veteran tempatan, Chemat Mustapha dipilih sebagai ketua Kawasan Parti Amanah Labuan pada pemilihan pertama bahagian parti itu, malam tadi.

Ahli perniagaan tempatan berusia 56 tahun itu memenangi jawatan itu selepas menewaskan Yahya Saleha.

Bekas ketua penyelaras Amanah Labuan, Dr Ramli Tahir dipilih sebagai Timbalan Ketua, manakala Aswadee Taba dan Asmadi Ahmad masing-masing sebagai naib ketua 1 dan 2.

Mohammad Heidar Mohammad Rashid dilantik sebagai Setiausaha dan Wan Abd Rahim Wan Abd Rahman sebagai Bendahari.

Sembilan anggota jawatankuasa terdiri daripada Kasdi Kurdi, Nordin Ahmad, Abdullah Amir Abd Rahman, Mohammad Hussin, Dassuki Zainal, Roslan Kario, Surizal Salleh, Andy Herrdiwady dan Arjuna Yussof.

Yantei Bakir, 37, menang sebagai Ketua Wanita Bahagian (Awan) dan Matzinah Matali sebagai timbalannya.

Haryani Isli dan Mahani Yusup masing-masing menang jawatan naib ketua 1 dan 2.

Dayangku Norizah Pg Zainal dilantik sebagai Setiausaha manakala Rosinah Jahar sebagai Bendahari.

Norisah Yahya sebagai auditor 1 dan Aidah Saidi sebagai auditor 2. - Bernama

Artikel Berkaitan: