Parlimen Pengkalan Chepa peruntuk RM600,000 bantu penduduk terjejas

Muhammad Abdul Munib (kanan) melihat pek makanan yang disediakan untuk agihan kepada 180 penduduk di Kampung Pulau Tukang Dollah yang dikenakan PKPD.
Muhammad Abdul Munib (kanan) melihat pek makanan yang disediakan untuk agihan kepada 180 penduduk di Kampung Pulau Tukang Dollah yang dikenakan PKPD.
A
A
A

KOTA BHARU – Pengkalan Chepa memperuntukkan sebanyak RM600,000 bagi membantu penduduk terutama mereka yang terjejas akibat Covid-19 di kawasan berkenaan sejak awal tahun ini.

Pegawai Khas Ahli Parlimen Pengkalan Chepa, Muhammad Abdul Munib Assyakirin Zakaria berkata, sumbangan berkenaan dimanfaatkan untuk 7,500 penduduk melibatkan pemberian wang tunai dan makanan asas.

“Antara golongan yang dibantu sepanjang tempoh ini termasuk nelayan, petani, golongan asnaf dan miskin. Ia juga melibatkan keluarga dikuarantin serta buruh yang tidak dapat bekerja dalam tempoh penularan Covid-19.

“Sebelum ini kita agihkan kepada golongan sasar selain turut merancang untuk diperluaskan kepada golongan yang lain,” katanya kepada pemberita selepas Program Pembahagian Sumbangan Parlimen Pengkalan Chepa di Kampung Landak di sini pada Isnin.

Menurut Muhammad Abdul Munib, pihaknya turut melaksanakan program Bantuan Bakul Makanan melalui Pakej Perlindungan Rakyat dan Pemulihan Ekonomi (PEMULIH) dan agihan dijangka bermula minggu hadapan.

Beliau berkata, sumbangan melibatkan peruntukan sebanyak RM300,000 seperti yang diumumkan melalui pakej berkenaan akan dimanfaatkan sebaik mungkin menerusi penghulu mukim.

Artikel Berkaitan: