X

Kindly register in order to view this article
!

Jumaat | 20 Mei 2022

Barangan seludup dari negara jiran bernilai RM173,079 dirampas

Antara barangan yang dirampas asukan Gerakan Am (PGA) Batalion 7 Kuantan semasa melakukan rondaan di Kampung Rahmat Kajang Pasir Mas, Kelantan.
A
A

PASIR MAS – Pelbagai jenis makanan, barang runcit, kosmetik dan ubat-ubatan bernilai RM173,079 secara keseluruhannya tidak sempat dipasarkan apabila ia berjaya dirampas Pasukan Gerakan Am (PGA) Batalion 7 Kuantan semasa melakukan rondaan di Kampung Rahmat Kajang Pasir Mas, pada Sabtu.

Pegawai Pemerintah PGA Batalion 7 Kuantan, Superintendan Azhari Nusi dalam satu kenyataan di sini berkata, rondaan yang dijalankan pihaknya pada jam 6.54 petang tersebut menemui sebuah lori yang dipandu dalam keadaan yang mencurigakan.

Menurut beliau, pemeriksaan awal pada kenderaan berkenaan menemui barangan tersebut dan seorang pemandu yang berumur 29 tahun dari Tanah Merah juga ditahan untuk siasatan lanjut.

Pemandu didapati gagal mengemukakan sebarang dokumen melibatkan barangan yang dibawa.
Pemandu didapati gagal mengemukakan sebarang dokumen melibatkan barangan yang dibawa.

“Hasil pemeriksaan lanjut, kita menjumpai pelbagai jenis makanan, barang runcit, kosmetik dan ubat-ubatan yang dibungkus menggunakan kotak, botol, paket dan tin yang disyaki diseludup dari negara jiran untuk pasaran tempatan.

”Pemandu berkenaan juga gagal mengemukakan sebarang dokumen seperti resit pembelian mahupun invois berkaitan muatan yang dibawa,”katanya.

Kes disiasat di bawah Seksyen 4 (1) Akta Makanan 1983, Akta Jualan Dadah 1952, Peraturan - Peraturan Kawalan Dadah dan Kosmetik 1984 dan Akta Ubat (Iklan dan Penjualan) 1956.


Jangan lupa follow kami di Instagram, Telegram dan TikTok
Dapatkan laporan yang lebih eksklusif dan kritis, sila layari Sinar Premium
Artikel ini ialah © 2018 Hakcipta Terpelihara Kumpulan Karangkraf. Sebarang salinan tanpa kebenaran akan dikenakan tindakan undang-undang

Newsletter

Berita Telus & Tulus hanya untuk anda setiap hari. Langgan Sekarang!