Padah lepas gian merempit

Polis menahan empat penunggang motosikal dalam Ops Samseng Jalanan di Lebuhraya Kesas pada Jumaat.
Polis menahan empat penunggang motosikal dalam Ops Samseng Jalanan di Lebuhraya Kesas pada Jumaat.
A
A
A

KLANG - Lagak sekumpulan mat rempit melepas gian berlumba di Lebuhraya Shah Alam (Kesas) mengundang padah selepas dicekup polis pada Jumaat.

Timbalan Pengarah (I) Jabatan Siasatan dan Penguatkuasaan Trafik (JSPT) Bukit Aman, Datuk Mohd Nadzri Hussain berkata, Ops Samseng Jalanan sepasukan Unit Risikan dan Operasi JSPT Bukit Aman bermula jam 10 malam itu berjaya menahan empat remaja lelaki berusia 17 hingga 19 tahun.

"Tangkapan dibuat selepas penunggang motosikal terbabit dikesan melakukan aksi bersaing sesama sendiri dan zig-zag.

"Polis telah menyita motosikal jenis Yamaha 135LC, Honda Wave dan Yamaha Lagenda FI115. Keempat-empat remaja terbabit kemudian telah dibawa ke Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Klang Selatan," katanya kepada Sinar Harian pada Ahad.

Beliau berkata, sebanyak 14 saman turut dikeluarkan atas pelbagai kesalahan trafik selain tindakan diambil di bawah Seksyen 42 Akta Pengangkutan Jalan 1987.

Tambah beliau, kesemua penunggang motosikal terbabit juga telah dikompaun RM2,000 seorang atas kesalahan ingkar prosedur operasi standard (SOP) Covid-19.

"Tindakan kompaun dibuat di bawah Akta Pencegahan Dan Pengawalan Penyakit Berjangkit 1988 (Akta 342) dan Peraturan-Peraturan Pencegahan Dan Pengawalan Penyakit Berjangkit (Langkah-Langkah Di Dalam Kawasan Tempatan Jangkitan) 2021," ujarnya.

Artikel Berkaitan: