X

Kindly register in order to view this article
!

Khamis | 28 Oktober 2021

Tentera AS, NATO tinggalkan pangkalan terbesar di Afghanistan

Semua tentera AS dan NATO dilaporkan telah meninggalkan pangkalan udara Bagram, Afghanistan dan menyerahkan markas terbesar yang menempatkan tentera gabungan itu kepada kerajaan Afghanistan. Foto Reuters.
A
A

KABUL - Semua tentera Amerika Syarikat (AS) dan NATO dilaporkan telah meninggalkan pangkalan udara Bagram, Afghanistan dan menyerahkan markas terbesar yang menempatkan tentera gabungan itu kepada kerajaan Afghanistan, menurut Xinhua memetik Tolo News TV pada Jumaat.

Memetik sumber Kementerian Pertahanan Afghanistan, Angkatan Tentera dan Pertahanan Afghanistan (ANDSF) akan mengambil alih sepenuhnya pangkalan tentera itu selepas dua dekad kedatangan tentera asing.

Bagaimanapun, tarikh sebenar penyerahan pangkalan yang terletak kira-kira 50 kilometer di utara Kabul itu masih belum dapat dipastikan.

Laporan itu muncul ketika keadaan keselamatan di Afghanistan dikatakan bertambah buruk sejak 1 Mei lalu ketika tentera AS dan NATO mula berundur.

Kira-kira 3,500 tentera AS dan 7,000 askar NATO dijangka berundur sebelum 11 September, menjelang ulang tahun ke-20 serangan pengganas 11 September yang menjadi faktor Washington menempatkan anggotanya di Afghanistan.

Tentera gabungan itu dilaporkan telah menyerahkan sebahagian besar daripada sembilan pangkalan tentera di seluruh Afghanistan kepada pihak kerajaan, dalam beberapa bulan kebelakangan ini.

Namun, sejumlah askar AS dan NATO dilaporkan masih berada di pangkalan tentera yang terletak di tengah Kabul. - Bernama


Dapatkan laporan yang lebih eksklusif dan kritis, sila layari Sinar Premium
Artikel ini ialah ©️ 2018 Hakcipta Terpelihara Kumpulan Karangkraf. Sebarang salinan tanpa kebenaran akan dikenakan tindakan undang-undang

Newsletter

Berita Telus & Tulus hanya untuk anda setiap hari. Langgan Sekarang!