X

Kindly register in order to view this article
!

Selasa | 19 Oktober 2021

Kilang elektronik dikompaun RM10,000, diarah tutup seminggu

Notis penutupan selama seminggu dikenakan terhadap sebuah kilang komponen elektrik sempena Ops Patuh yang dijalankan IPD Kulai di Kawasan Perindustrian Senai, Kulai, pada Jumaat.
A
A

KULAI - Sebuah kilang menghasilkan komponen elektronik di Kawasan Perindustrian Senai di sini dikompaun RM10,000 dan diberikan notis tutup seminggu bermula Jumaat hingga 8 Julai.

Ketua Polis Daerah Kulai, Superintenden Tok Beng Yeow berkata, arahan itu dikeluarkan selepas pemeriksaan mendapati kilang terbabit melanggar prosedur operasi standard (SOP) yang ditetapkan.

"Kilang berkenaan gagal memastikan penjarakan fizikal antara pekerja khususnya di bahagian pengeluaran.

"Notis tutup kilang itu bagi memastikan mereka menyemak semula persediaan untuk memastikan penjarakan fizikal dapat dilaksana dengan sebaiknya," katanya kepada pemberita selepas mengetuai serbuan di kilang berkenaan dan jgua sebuah hostel penempatan pekerja asing di sini pada Jumaat.

Beng Yeow (kiri) menyerahkan notis kompaun kepada pemilik kilang sempena Ops Patuh yang dijalankan IPD Kulai di Kawasan Perindustrian Senai, Kulai, pada Jumaat.
Beng Yeow (kiri) menyerahkan notis kompaun kepada pemilik kilang sempena Ops Patuh yang dijalankan IPD Kulai di Kawasan Perindustrian Senai, Kulai, pada Jumaat.

Operasi bersepadu itu turut melibatkan pelbagai agensi kerajaan antaranya Kementerian Kesihatan, Majlis Perbandaran Kulai, Jabatan Tenaga Kerja Johor serta Jabatan Keselamatan dan Kesihatan Pekerjaan Johor.

Notis kompaun dan perintah tutup terhadap kilang berkenaan dibuat di bawah Akta Pencegahan dan Pengawalan Penyakit Berjangkit 1988.

Beng Yeow berkata, bermula Jumaat pihaknya akan melaksanakan operasi sempena Ops Patuh bagi memastikan majikan mematuhi SOP.


Dapatkan laporan yang lebih eksklusif dan kritis, sila layari Sinar Premium
Artikel ini ialah ©️ 2018 Hakcipta Terpelihara Kumpulan Karangkraf. Sebarang salinan tanpa kebenaran akan dikenakan tindakan undang-undang

Newsletter

Berita Telus & Tulus hanya untuk anda setiap hari. Langgan Sekarang!