Rasuah alam sekitar merugikan masyarakat, negara

Tangkap layar Haliza ketika menjadi panel dalam program Wacana Sinar Siri 270 yang bertajuk Bahaya Bila Rasuah Jadi Biasa pada Khamis.
Tangkap layar Haliza ketika menjadi panel dalam program Wacana Sinar Siri 270 yang bertajuk Bahaya Bila Rasuah Jadi Biasa pada Khamis.
A
A
A

SHAH ALAM - Gejala rasuah yang berlaku dalam sektor alam sekitar akan mengakibatkan kerugian pada negara dan masyarakat.

Ketua Laboratori Kesejahteraan Belia dan Komuniti Institut Pengajian Sains Sosial (IPSAS), Universiti Putra Malaysia (UPM), Profesor Madya Dr Haliza Abdul Rahman berkata, rasuah alam sekitar sering melibatkan komponen penting seperti hidupan liar, pasir dan kayu balak.

“Tindakan tidak beretika tersebut akan menyebabkan kita kehilangan hasil negara dari segi cukai,” katanya ketika menjadi panel dalam program Wacana Sinar Siri 270 yang bertajuk Bahaya Bila Rasuah Jadi Biasa pada Khamis.

Mengulas lanjut, Haliza berkata, sebanyak 80 peratus isu rasuah alam sekitar berlaku disebabkan faktor konflik kepentingan, kelemahan kawalan dalaman dan juga kurang ketelusan.

“Yang penting kita sendiri perlu ada kekuatan dalaman, didikan agama, jati diri yang kuat dan amalan telus untuk menjauhkan diri daripada perbuatan rasuah,” ujarnya.

Beliau berkata, penggunaan teknologi moden perlu dimanfaatkan dalam usaha mengawal isu rasuah yang melibatkan alam sekitar.

“Contohnya, gunakan teknologi seperti drone, rakaman kamera litar tertutup (CCTV) atau penderiaan jauh di mana teknologi ini boleh mengatasi kelemahan aktiviti konvensional,” katanya.

ARTIKEL BERKAITAN: Lebih 2,000 belia di Selangor terlibat rasuah

Artikel Berkaitan:

ARTIKEL BERKAITAN: Mahasiswa perlu jadi mata, telinga agensi penguat kuasa rasuah