Kucing peliharaan dilarang keluar rumah

MELBOURNE - Sebuah majlis perbandaran di timur bandar raya Melbourne Australia memperkenalkan peraturan melarang kucing peliharaan daripada berkeliaran di luar kediaman pemilik haiwan itu mulai Oktober depan.
Majlis Perbandaran Knox itu memperkenalkan peraturan tersebut bagi melindungi haiwan-haiwan liar seperti burung lain daripada menjadi mangsa terkaman kucing.
Menurut portal berita 7News, penduduk di dalam kawasan majlis perbandaran tersebut akan menerima amaran pertama terlebih dahulu sebelum didenda kerana membiarkan kucing peliharaan mereka berkeliaran di luar pekarangan rumah.
Selepas amaran pertama diberikan, pemilik kucing yang didapati melanggar peraturan tersebut akan dikenakan denda sebanyak A$91 (RM283).
Jika melanggar peraturan tersebut buat kali kedua, pemilik kucing itu akan didenda sebanyak A$545 (RM1,695).
Denda sebanyak A$545 juga akan dikenakan kepada pemilik kucing peliharaan jika melakukan kesalahan berulang.
Seorang pakar ekologi di Universiti La Trobe di Australia, Dr. Jim Radford menyambut baik pelaksanaan larangan tersebut.
Katanya, kucing-kucing peliharaan merupakan masalah paling besar buat haiwan-haiwan liar lain.
Beliau dilaporkan berkata, larangan itu membolehkan hidupan liar seperti burung dan kelawar dilindungi daripada ancaman kucing tersebut. - Agensi
Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!
- Iklan -Semenanjung Korea di ambang perang?
29 Oktober 2026 08:40amJepun, Britain siap siaga simpan bekalan kecemasan
29 Oktober 2026 08:10amWanita patah 21 tulang rusuk dipukul teman lelaki lebih 500 kali
29 Oktober 2026 07:40amKetulan emas berbentuk kentang tersembunyi dalam tanah
29 Oktober 2026 07:10amAngka korban perlanggaran tren laju di Sepanyol meningkat kepada 64 orang
28 Oktober 2026 10:19pm[VIDEO] Suami isteri ditahan bawa wang tunai RM2.9 juta tanpa isytihar
28 Oktober 2026 01:11pmGuru besar dipenjara 20 tahun, 11 sebatan hasilkan pornografi dan lakukan amang seksual
28 Oktober 2026 09:23pmSaifulnizam ditemui maut, tersepit ketika selenggara mesin
28 Oktober 2026 06:07pm- Iklan -- Iklan -
