Suri rumah maut dilanggar lari

Mangsa yang terbabit dalam kemalangan di Kilometer 99 Jalan Kuala Terengganu - Kuantan, Dungun, pagi Khamis maut di tempat kejadian. - Foto: Ihsan IPD Dungun
Mangsa yang terbabit dalam kemalangan di Kilometer 99 Jalan Kuala Terengganu - Kuantan, Dungun, pagi Khamis maut di tempat kejadian. - Foto: Ihsan IPD Dungun
A
A
A

DUNGUN - Seorang suri rumah maut selepas motosikal yang ditungganginya terbabit dalam kemalangan langgar lari di Kilometer 99 Jalan Kuala Terengganu - Kuantan, di sini, pagi Khamis.

Dalam kejadian kira-kira 8.40 pagi itu, mangsa Rosnani Salleh, 47, dari Rumah Kos Rendah, Taman Murni Perdana, Paka meninggal dunia di tempat kejadian akibat kecederaan parah di badan.

Ketua Polis Daerah Dungun, Superintendan Baharudin Abdullah berkata, kemalangan berlaku selepas motosikal jenis Demax ditunggang mangsa dari arah Kuantan dipercayai bergesel dengan sebuah lori yang datang dari arah sama di lokasi.

"Siasatan lanjut masih dijalankan dan punca kematian juga masih belum diketahui, Kita masih menunggu keputusan bedah siasat," katanya ketika dihubungi Sinar Harian pada Khamis.

Katanya, kes disiasat mengikut Seksyen 41(1) Akta Pengangkutan Jalan 1987.

Artikel Berkaitan: