'Selamat maju jaya atlet Olimpik/Paralimpik'

Hafizh Syahrin. Foto: Facebook NTS RW Racing GP
Hafizh Syahrin. Foto: Facebook NTS RW Racing GP
A
A
A

PELUMBA Moto2 negara, Hafizh Syahrin Abdullah mengucapkan selamat maju jaya kepada kesemua atlet yang bakal menyertai Sukan Olimpik dan Sukan Paralimpik Tokyo 2020 kelak.

Menurut Hafizh, dia berpeluang melihat sendiri proses latihan yang diikuti oleh atlet-atlet negara di kompleks berkenaan yang kini dijadikan sebagai pusat kuarantin khas untuk atlet negara yang pulang dari luar negara

“Saya nak wish all the best kerana dalam masa 23 hari lagi mereka terutamanya atlet Olimpik, akan berangkat ke Tokyo. Ramai atlet yang saya kenal, cuma saya ni minat semua sukan dan nak rasa apa latihan yang mereka lakukan.

“Memang boleh tengoklah, seperti jaguh lumba basikal kita, Azizul Hasni Awang yang sentiasa bekerja keras dan memang saya ambil inspirasi kerja kerasnya sebagai bekal semangat untuk diri saya sendiri.

“Kalau boleh, memang saya nak ikut serta apa-apa latihan yang mereka lakukan. Tidak semestinya kerana saya terlibat dalam sukan permotoran saya tak boleh ikuti latihan mereka; kerana bagi saya semuanya (latihan), sama cuma dalam sukan permotoran ia lebih kepada endurance (ketahanan),” katanya pada sidang media atas talian pada Rabu.

Tambah Hafizh Syahrin, sekiranya dia diberikan pilihan untuk menyertai Sukan Olimpik, dia akan memilih sukan bowling.

Katanya, dia memilih bowling kerana sememangnya berminat dengan sukan berkenaan sejak dahulu.

“Kalau diberikan pilihan dalam masa terdekat ini, saya pilih bowlinglah kot. Saya memang minat bowling juga dan saya sememangnya ada bola sendiri,” katanya.

Artikel Berkaitan:

Sementara itu ketika diminta mengulas mengenai pasukan pilihannya sempena Euro 2020, Hafizh Syahrin yang juga terkenal dengan gelaran El-Pescao, menegaskan dia memilih Sepanyol untuk muncul juara pada edisi kali ini.

“Sebenarnya saya meminati Brazil, tetapi Brazil tiada dalam Euro, tapi bersaing dalam Copa America. Jadi saya pilih Sepanyol,” katanya.