7 Rahsia Penjimatan Mid-Year Sale Lazada! (5-7 Julai)

No Image Caption
A
A
A

KUALA LUMPUR – Tawaran Lazada kembali lagi! Rakyat Malaysia bakal menikmati ganjaran tersembunyi dan penjimatan luar biasa sempena Unexpected Mid-Year Sale pada 5 hingga 7 Julai ini.

Pengguna Lazada hanya perlu mengikuti tujuh langkah mudah ini untuk memaksimakan penjimatan pada jualan tersebut.

1. Penghantaran Percuma ‘RM 0’

Setiap hari, jangan lupa untuk mengumpul baucar Penghantaran Percuma Lazada di sini (http://lzd.co/LazadaMYFreeShipping), yang boleh ditebus sepanjang Unexpected Mid-Year Sale nanti.

Kali ini, sebagai kejutan tambahan, Lazada turut menyediakan baucar Penghantaran Percuma ‘RM0’ istimewa, tanpa perbelanjaan minimum, yang tersembunyi di dalam aplikasinya.

Rahsia untuk mendapatkan baucar Penghantaran Percuma ‘RM0’ ini adalah melalui CLEO, ejen perkhidmatan pelanggan maya Lazada. Ikuti langkah-langkah mudah berikut di aplikasi Lazada:

- Klik butang ‘Account’ (Akaun) di sudut kanan bawah;
- Klik butang ‘Chat with Customer Care’ (Sembang dengan Khidmat Pelanggan) di bahagian bawah halaman untuk berbual dengan CLEO;
- Akhir sekali, tanya CLEO, "Hey Lazada, can I please have the RM0 Free Shipping?”

No Image Caption

2. Pra-tempahan ‘Chup Dulu’

Artikel Berkaitan:

Walaupun dengan semua diskaun luar biasa dan harga rendah yang ditawarkan sempena Unexpected Mid-Year Sale, pembeli bijak masih boleh lebih berjimat menerusi Chup Dulu, fungsi pra-tempahan di aplikasi Lazada.

Dengan membayar non-refundable deposit 10% dari sekarang hingga 6 Julai, pelanggan boleh menempah produk idaman ramai dari jenama-jenama LazMall, termasuk Estee Lauder, Innisfree, LANEIGE, Lancôme, L'OCCITANE, Vans, Adidas, dan banyak lagi. Pada 7 Julai, pembeli yang telah Chup Dulu akan dapat menyempurnakan proses pembelian tanpa perlu berebut dengan orang lain.

No Image Caption

3. Kata Laluan ‘Durian Runtuh’

Bermula sekarang hingga 7 Julai, sesiapa yang mencari kata laluan ‘Durian Runtuh’ di fungsi carian Lazada pada 12 tengah malam setiap hari berpeluang untuk menjadi antara segelintir pengguna bertuah yang menerima baucar Beli 1 Percuma 1 (diskaun 50%).

No Image Caption

Siapa cepat, dia dapat. Baucar tersebut boleh ditebus dari 5 hingga 7 Julai sempena Unexpected Mid-Year Sale, yang turut akan menawarkan diskaun lebih 50% untuk durian Musang King tersebut.

Baucar tersebut boleh ditebus apabila membeli Musang King 4KG asli, dengan isi 900G, daripada peniaga durian premium tempatan Dooran·Dooran, yang mengutip buah segar dari kebun durian yang berusia 30 tahun di Negeri Sembilan.

4. Lazada Bonus

Lazada Bonus ialah diskaun tunai tambahan yang diberikan khas untuk jualan mega, yang boleh digunakan bersama dengan baucar dan tawaran diskaun lain.

Mulai 30 Jun hingga 7Julai, pastikan anda mengumpulkan Lazada Bonus setiap hari dalam aplikasi Lazada. Lebih banyak Lazada Bonus yang dikumpulkan, lebih banyak diskaun yang boleh ditebus oleh pembeli sepanjang Unexpected Mid-Year Sale dari 5 hingga 7 Julai untuk menerima potongan RM10 bagi setiap pembelian RM100 bagi produk dengan tag Lazada Bonus.

No Image Caption

5. LazMall Crazy Brand Mega Offer

Sambil kita berbicara tentang LazMall, para pembeli boleh mendapat penjimatan besar apabila membeli-belah dari jenama terkenal di saluran LazMall. Jaminan 100% tulen LazMall membolehkan rakyat Malaysia yakin bahawa produk ditawarkan terus daripada rakan jenama rasmi Lazada.

Pembeli dalam talian boleh menantikan LazMall Crazy Brand Mega Offer pada 7 Julai dari jam 12 tengah malam hingga 2 pagi. Diskaun lebih 50% dan sehingga 80%, bersama dengan baucar diskaun tambahan akan ditawarkan oleh jenama-jenama kegemaran Malaysia, termasuk Pandora, Fossil, Acer, Lenovo, Logitech, dan banyak lagi.

6. RM0.77 Crazy Flash Sale

Tawaran tempoh terhad ini ialah antara sesi yang paling dinanti-nantikan pada Unexpected Mid-Year Sale ini. Dari 5 hingga 7 Julai, rakyat Malaysia akan berebut untuk mendapatkan tawaran RM0.77 Crazy Flash Sale. Jangan lupa untuk menambah nilai Lazada Wallet anda sebelum merebut tawaran jualan, kerana pengguna Lazada Wallet boleh menikmati pengalaman pembayaran yang lebih pantas.

7. Rancangan Chief Discount Officer

Rancangan Chief Discount Officer (CDO) akan kembali dengan episod harian sepanjang Unexpected Mid-Year Sale di saluran LazLive dari jam 9 malam hingga 10 malam, mulai 5 hingga 7 Julai. Pelbagai baucar dan tawaran eksklusif akan disediakan dalam rancangan tersebut.

Dengan panduan mudah Unexpected Mid-Year Sale Lazada ini, semoga rakyat Malaysia akan seronok membeli-belah di dalam talian dan berbelanja dengan bijak!

Untuk maklumat lanjut tentang Unexpected Mid-Year Sale, layari: https://lzd.co/MegaSaleCalendar

No Image Caption