X

Kindly register in order to view this article
!

Sabtu | 28 Mei 2022

Hospital Selayang terima tujuh ventilator bernilai RM750,000

Pertubuhan Komuniti Elite bersama kakitangan Hospital Selayang pada majlis penyerahan sumbangan alat bantuan pernafasan.
A
A

GOMBAK - Hospital Selayang menerima tujuh unit alat bantuan pernafasan atau ventilator daripada Pertubuhan Komuniti Elite sebuah badan bukan kerajaan (NGO) berkebajikan.

Ketua Jabatan Anaestologi dan Unit Rawatan Rapi (ICU) Hospital Selayang, Dr Haslinda Abd Hashim berkata, peralatan ventilator tersebut sangat diperlukan terutama untuk pesakit Covid-19 yang kritikal.

Tambah beliau, pihaknya amat berbesar hati menerima lima unit ICU Turbine Ventilator Elisa 500 yang bernilai RM112,000 seunit dan dua unit ICU Ventilator Elisa 600 yang bernilai RM117,000 setiap satu itu.

"33 katil yang kami peruntukan di Unit Rawatan Rapi (ICU) bagi pesakit Covid-19 sentiasa penuh dan pesakit-pesakit ini memerlukan bantuan ventilator dalam jangka masa panjang.

"Jumlah ventilator memang tidak mencukupi tetapi kami masih mampu bertahan. Dengan sumbangan ini sedikit sebanyak dapat meringankan beban kami.

"Kami amat berbesar hati menerima sumbangan ini, ventilator tersebut bukan sahaja boleh digunakan di ICU Covid-19 malah boleh juga digunakan di wad biasa untuk pesakit yang memerlukan bantuan pernafasan,"katanya kepada pemberita selepas menerima sumbangan tersebut pada Rabu.

Sumbangan tersebut disampaikan oleh Penasihat Pertubuhan Komuniti Elite merangkap penyumbang terbesar tujuh mesin tersebut, Datuk Eric Chia di Hospital Selayang sekitar jam 9 pagi di sini pada Rabu.

Menurut Eric Chia, sumbangan tersebut merupakan yang pertama diberikan kepada sebuah hospital kerana Pertubuhan Komuniti Elite sebelum ini kerap memberi sumbangan kepada sekolah dan badan kebajikan kanak-kanak.

"Kami dapatkan mesin ini daripada sebuah syarikat di Shah Alam dengan nilai keseluruhan adalah sekitar RM750,000.

"Saya berbanga dan rasa bersyukur kerana dapat membantu Hospital Selayang. Saya berharap sumbangan ini dapat membantu dalam usaha menyelamatkan nyawa orang ramai," katanya.


Jangan lupa follow kami di Instagram, Telegram dan TikTok
Dapatkan laporan yang lebih eksklusif dan kritis, sila layari Sinar Premium
Artikel ini ialah © 2018 Hakcipta Terpelihara Kumpulan Karangkraf. Sebarang salinan tanpa kebenaran akan dikenakan tindakan undang-undang

Newsletter

Berita Telus & Tulus hanya untuk anda setiap hari. Langgan Sekarang!