X

Kindly register in order to view this article
!

Ahad | 17 Oktober 2021

'Kenduri' durian: Ahli Parlimen mohon maaf, akui keliru

Rashid (duduk kanan) bersama-sama individu sedang makan durian dalam sebuah kebun durian dipercayai dalam daerah Batu Pahat.
A
A

KUALA LUMPUR- Timbalan Yang Dipertua Dewan Rakyat, Datuk Mohd Rashid Hasnon hari ini memohon maaf atas kekhilafan beliau berkait penjelasan berkenaan video tular dijamu durian baru-baru ini.

Dalam satu kenyataan media, Mohd Rashid berkata, beliau memberi ulasan kepada pertanyaan media tanpa meneliti video tersebut.

"Saya mohon maaf di atas kekeliruan yang timbul apabila terdapat media yang menghubungi saya bagi bertanyakan mengenai video saya di kebun dan saya menjawab soalan tersebut tanpa menonton sendiri video pada awalnya.

"Setelah selesai mengadap Yang di-Pertuan Agong semalam, barulah saya ada kesempatan untuk analisa video yang terkait pada saya," katanya.

Mengulas lanjut, Ahli Parlimen Batu Pahat itu berkata, sejak Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) yang pertama sehingga kini, beliau sering menerima aduan daripada pekebun kecil termasuk pengusaha sayur dan buah-buahan yang mengalami kesukaran menjual hasil tanaman berikutan jualan yang merosot.

"Setelah meneliti, salah satu video yang tular semalam merupakan lawatan saya ke kebun durian kampung yang diusahakan masyarakat setempat yang mana turut terkesan berikutan PKP ini.

"Kebetulan ketika itu terdapat lawatan kerja Datuk Zuraida Kamaruddin (Menteri Perumahan dan Kerajaan Tempatan) ke Batu Pahat. Oleh itu, kami menghadiahkan durian kepada rombongan menteri untuk dibawa pulang," ujarnya.

Jelasnya lagi, selepas rombongan menteri pulang, beliau telah dibawa ke kebun salah seorang pengusaha pada sebelah petang bagi mendengar permasalahan yang dihadapi dan berbincang lanjut.

"Setiba saya di kebun, pengusaha kebun durian tersebut menghidangkannya kepada kami.

"Saya menjamah sedikit durian sambil berbincang dengan pengusaha kebun mengenai langkah-langkah bantuan yang boleh dihulurkan," jelasnya.

Sehubungan itu, Mohd Rashid berkata, kesediaannya memberi kerjasama kepada polis susulan kejadian itu.- Awani

Dijamu durian: Timbalan Speaker mohon maaf, akui keliru dan sedia disiasat


Dapatkan laporan yang lebih eksklusif dan kritis, sila layari Sinar Premium
Artikel ini ialah ©️ 2018 Hakcipta Terpelihara Kumpulan Karangkraf. Sebarang salinan tanpa kebenaran akan dikenakan tindakan undang-undang

Newsletter

Berita Telus & Tulus hanya untuk anda setiap hari. Langgan Sekarang!