X

Kindly register in order to view this article
!

Jumaat | 03 Disember 2021

Kempen bendera putih dipolitikkan pihak tertentu: Pas

Kempen bendera putih didakwa cuba dipolitikkan oleh parti tertentu. Gambar kecil: Syarhan
A
A

SHAH ALAM - Kempen kibar bendera putih dipolitikkan oleh pihak tertentu bagi menimbulkan keresahan rakyat dan memberi persepsi seolah-olah pentadbiran kerajaan tidak mempedulikan keluhan rakyat.

Ketua Penerangan Pas Selangor, Syarhan Humaizi Halim berkata, kempen itu yang dikatakan sebagai isyarat buat rakyat yang memerlukan bantuan telah dipolitikkan dengan membawa persepsi sebagai tanda protes terhadap kerajaan masa kini.

Beliau berkata, pihak terlibat disaran untuk menumpukan khidmat kepada rakyat dan berhenti memperjudikan nasib rakyat dengan mempolitikkan kempen itu.

"Sudahlah tidak melaksanakan kerja-kerja kebajikan walaupun memegang tampuk kerajaan Selangor, meniupkan pula persepsi politik di saat suasana begini.

"Biar berpolitik secara 'gentleman' di atas pentas politik yang benar, bukan memperjudikan nasib rakyat," katanya dalam satu kenyataan pada Rabu.

Sebelum ini, satu kempen mengajak orang ramai untuk mengibarkan bendera berwarna putih sekiranya memerlukan bantuan tular dalam pelbagai platform media sosial pada Isnin.

Kebanyakan medium Facebook, Instagram dan Twitter mendapati saranan mengibarkan bendera putih disyorkan kepada mereka yang menghadapi kesusahan dan memerlukan pertolongan terutamanya dalam berdepan cabaran pandemik Covid-19.

Dalam pada itu, Syarhan berkata, sejak awal penularan wabak Covid-19, kerajaan telah menyediakan pelbagai insentif dan bantuan khususnya kepada mereka yang terjejas.

"Malah, kesan ekonomi rakyat yang terjejas turut disedari pelbagai pihak lain termasuk Pas, badan bukan kerajaan (NGO) dan orang perseorangan yang tampil menyalurkan bantuan.

"Sama ada diberikan isyarat bendera putih atau tidak, semua pihak bergerak tanpa henti untuk menyalurkan bantuan," katanya.


Dapatkan laporan yang lebih eksklusif dan kritis, sila layari Sinar Premium
Artikel ini ialah ©️ 2018 Hakcipta Terpelihara Kumpulan Karangkraf. Sebarang salinan tanpa kebenaran akan dikenakan tindakan undang-undang

Newsletter

Berita Telus & Tulus hanya untuk anda setiap hari. Langgan Sekarang!