England jangan terlalu gembira

Pemain England diingatkan supaya tidak terlalu gembira dengan kejayaan menewaskan Jerman.
Pemain England diingatkan supaya tidak terlalu gembira dengan kejayaan menewaskan Jerman.
A
A
A

PENGENDALI England, Gareth Southgate tidak mahu para pemainnya terlalu gembira dengan kejayaan menundukkan Jerman 2-0 dalam aksi 16 pasukan terakhir di Wembley pada awal pagi Rabu.

Menurutnya, cabaran skuad The Three Lions itu dalam saingan suku akhir lebih mencabar sekali gus memerlukan tumpuan penuh serta persediaan awal untuk menghadapi Ukraine pada Ahad ini.

"Sebenarnya tidak perlu untuk saya beritahu, tetapi apabila di bilik persalinan kami sudah bercakap mengenai perlawanan Sabtu ini (awal pagi Ahad menentang Ukraine).

"Perlawanan hari ini saya cukup berbangga dengan pemain dengan mereka memberikan segalanya tetapi ia memberi kesan kepada fizikal dan emosi pemain.

"Kami perlu pulih dengan cepat dan perlu pastikan fokus kami berada di landasan yang tepat. Ia adalah detik bahaya buat kami dan sedar akan menjadi cabaran yang lebih sukar selepas ini. Saya fikir pemain juga sedar perkara itu," katanya.

Dalam perlawanan itu, gol daripada Raheem Sterling dan Harry Kane membawa England untuk menamatkan badi ke atas Jerman sejak 1966 dalam semua kejohanan utama dunia.

Skuad The Three Lions itu yang akan berdepan Ukraine di Rom dilihat tidak berdepan masalah untuk menundukkan pasukan itu dengan rekod tujuh pertemuan sebelum ini memihak England.

"Para pemain England terus menulis sejarah dan mereka mendapat kesempatan sekali lagi untuk mencipta sejarah. Sebelum ini, kami hanya pernah mara sekali ke separuh akhir Euro.

Artikel Berkaitan:

"Mereka berpeluang melakukan sesuatu yang sangat istimewa dan kami harus memastikan bahawa mempunyai peluang yang sangat baik untuk melakukannya," katanya.