Nenek 119 tahun dari Turki atasi umur lelaki paling tua di dunia

No Image Caption
A
A
A

ISTANBUL - Seorang nenek di Turki yang menyambut ulang tahun kelahiran ke-119 tahun pada Ahad lalu didakwa menjadi manusia paling tua di dunia.

Nenek itu, Seker Arslan didakwa oleh media di negara tersebut telah berumur lebih daripada 119 tahun kerana terdapat angka 120 di atas kek sambutan ulang tahun kelahiraanya di sebuah rumah di Amasya, utara Turki.

Sambutan ulang tahun kelahirannya itu dihadiri oleh anak, menantu dan cucunya di rumah tersebut.

Namun, kad pengenalannya menunjukkan tarikh lahirnya ialah pada 27 Jun 1902 menyebabkan umurnya pada Ahad lalu ialah 119 tahun.

Jika tarikh kelahirannya berjaya disahkan, dia berjaya mengatasi umur seorang lelaki Jepun, Kane Tanaka berusia 118 tahun.

Tanaka juga memegang rekod sebagai manusia paling tua di dunia yang masih hidup dan dilahirkan pada 2 Januari 1903.

Seorang anak perempuan nenek itu, Serap Yueksel percaya ibunya itu masih hidup kerana dia memakan makanan semula jadi seperti madu dan keju.

Nenek itu dikurniakan dengan enam orang anak dan 12 cucu.

Artikel Berkaitan:

Ibu Arslan juga mempunyai umur yang panjang kerana dia meninggal dunia semasa berusia 110 tahun.

Menurut Yueksel, ibunya yang masih sihat itu masih belum mempunyai cicit.

Beberapa pegawai tempatan Turki berharap melalui penganjuran majlis ulang tahun kelahirannya itu akan membolehkannya diiktiraf sebagai manusia paling tua di dunia. - Agensi