Tular kes tembak di klinik bukan berlaku di Puchong

Rakaman klip video kejadian tembak menembak berlaku di sebuah premis di luar negara.
Rakaman klip video kejadian tembak menembak berlaku di sebuah premis di luar negara.
A
A
A

SHAH ALAM - Polis Selangor menafikan satu klip video berdurasi satu minit 44 saat yang tular menerusi media sosial mendakwa kejadian tembak menembak melibatkan dua orang suspek yang dipercayai cuba melakukan samun di sebuah klinik di Puchong.

Ketua Polis Selangor, Datuk Arjunaidi Mohamed berkata, kejadian tersebut tidak berlaku di Puchong.

"Dakwaan itu tidak benar dan merupakan berita palsu. Hasil semakan, kita mendapati kejadian tersebut berlaku di luar negara," katanya.

Arjunaidi meminta orang ramai agar tidak membuat kesimpulan sendiri serta tidak mudah terpengaruh dengan sebarang bentuk berita palsu yang disebarkan oleh pihak yang tidak bertanggungjawab.

"Selain dari itu, orang ramai juga dinasihatkan agar tidak membuat perkongsian atau menyebarkan sebarang berita yang diperolehi dari sumber yang tidak sahih.

"Perbuatan ini boleh mencetuskan suasana panik serta boleh menggugat ketenteraman awam," katanya.

Artikel Berkaitan: