Peniaga dituduh minta suapan RM15,000

Tertuduh (tengah) diring SPRM di mahkamah.
Tertuduh (tengah) diring SPRM di mahkamah.
A
A
A

SEREMBAN - Seorang peniaga dihadapkan ke Mahkamah Sesyen Seremban pada Selasa atas pertuduhan meminta rasuah empat tahun lalu.

Tertuduh Khairul Husni Othman, 46, bagaimanapun mengaku tidak bersalah di hadapan Hakim Diana Md Razali selepas kertas pertuduhan dibacakan.

Mengikut pertuduhan, tertuduh meminta suapan RM15,000 daripada seorang wanita kononnya untuk digunakan sebagai dorongan bagi melepaskan ibunya daripada tahanan polis.

Perbuatan itu dilakukan pada 1 Jun 2017 di Rasah Kemayan, Seremban.

Berikutan itu tertuduh didakwa telah melakukan kesalahan mengikut Seksyen 16(a)(A) Akta Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia 2009 dan boleh dihukum mengikut Seksyen 24(1) akta yang sama.

Sabit kesalahan tertuduh bukan dihukum penjara maksimum tidak melebihi 20 tahun dan didenda tidak kurang daripada lima kali ganda jumlah atau nilai suapan mengikut mana-mana yang lebih tinggi.

Mahkamah menetapkan jaminan RM8,000 dengan seorang penjamin dan sebutan semula kes pada 30 Julai depan.

Pendakwaan kes dikendalikan Timbalan Pendakwa Raya SPRM, Mohamad Azriff Firdaus Mohamad Ali.

Artikel Berkaitan: