Kerajaan umum RM100 bantuan kepada semua penuntut IPT

Lim Guan Eng
Lim Guan Eng
A
A
A

PUTRAJAYA - [DIKEMASKINI] Kerajaan Pakatan Harapan telah bersetuju untuk meluluskan Bantuan Pelajar Pendidikan Tinggi (BPPT) sebanyak RM100 kepada 1.2 juta penuntut warganegara Malaysia yang belajar di institut pengajian tinggi.

Menurut satu kenyataan yang dikeluarkan oleh Kementerian Kewangan, keputusan itu telah dibuat berdasarkan cadangan Kementerian Pendidikan Malaysia untuk mengurangkan beban kewangan pelajar di peringkat institusi pengajian tinggi.

"Bantuan ini akan disalurkan pada hujung bulan Mac 2019 menggunakan mekanisme sedia ada iaitu kad debit Bank Rakyat, yang merupakan penambahbaikan daripada sistem baucar buku yang terdahulu," katanya.

Bantuan ini dijangka memanfaatkan 1.2 juta pelajar berdasarkan pangkalan data yang lama dan akan melibatkan peruntukan sebanyak RM120 Juta.

"Perincian pelaksanaan BPPT 2019 dan kriteria kelayakan penerima akan diumumkan oleh Kementerian Pendidikan Malaysia kelak," jelasnya.

Penyaluran BPPT ini dibuat selaras dengan pengumuman kerajaan pada 20 Februari lalu untuk memberi Bantuan Sara Hidup (BSH) 2019 sebanyak RM100 untuk golongan bujang, berikutan saranan Perdana Menteri, Tun Dr

Mahathir Mohamad untuk memberi lebih perhatian kepada usaha-usaha membantu rakyat menangani beban kos sara hidup.

Bayaran BSH untuk golongan bujang ini akan memanfaatkan lebih daripada tiga juta individu dan melibatkan peruntukan RM300 Juta.

Artikel Berkaitan: