Kerajaan lulus pelaksanaan mekanisme ICPT secara berterusan: TNB

Foto bernama
Foto bernama
A
A
A

KERAJAAN telah meluluskan pelaksanaan mekanisme Ketidakseimbangan Pelepasan Kos Bahan Api (ICPT) yang berterusan untuk tempoh 1 Julai hingga 31 Disember 2021, menurut Tenaga Nasional Bhd (TNB).

Penyedia utiliti itu berkata, kerajaan telah memutuskan untuk mengekalkan rebat ICPT sebanyak dua sen setiap kilowatt jam (kWh) sepanjang tempoh pelaksanaan ICPT untuk semua pelanggan termasuk pelanggan domestik, dengan penggunaan bulanan sebanyak 300 kWh dan ke bawah.

“Rebat ICPT ini sebahagiannya hasil daripada pengurangan secara keseluruhan dalam kos penjanaan sebenar untuk tempoh Januari hingga Jun 2021,” katanya dalam makluman kepada Bursa Malaysia pada Isnin.

TNB berkata, dalam tempoh Januari hingga Jun lepas, purata harga arang batu dalam pasaran global meningkat sedikit iaitu AS$470.06 satu tan berbanding penanda aras harga arang batu yang ditetapkan dalam tarif asas sebanyak AS$67.45 satu tan.

Katanya, purata Harga Pasaran Rujukan (RMP) untuk gas pada separuh pertama tahun ini sebanyak RM17.16 setiap juta metrik unit termal British (mmBTU) yang lebih rendah daripada penanda aras harga gas pada tahun ini yang ditetapkan dalam tarif asas sebanyak RM27.20/mmBTU.

Bermula dari Januari 2020, katanya, harga gas ditetapkan berdasarkan RMP menggantikan mekanisme harga gas dua peringkat sebelum ini yang terdiri daripada harga gas dan harga gas asli cecair yang dikawal selia. - Bernama

Artikel Berkaitan: