Sembilan remaja berkonvoi motosikal dikompaun

Sembilan remaja yang ditahan kerana berkonvoi motosikal dalam satu sekatan jalan raya di Lebuhraya Kota Iskandar, Iskandar Puteri pada Ahad.
Sembilan remaja yang ditahan kerana berkonvoi motosikal dalam satu sekatan jalan raya di Lebuhraya Kota Iskandar, Iskandar Puteri pada Ahad.
A
A
A

ISKANDAR PUTERI - Sembilan remaja yang berkonvoi motosikal ditahan dan dikenakan kompaun berjumlah RM18,000 dalam satu sekatan jalan raya di Lebuhraya Kota Iskandar di sini pada Ahad.

Ketua Polis Daerah Iskandar Puteri, Asisten Komisioner Dzulkhairi Mukhtar berkata, mereka ditahan dalam sekatan jalan raya Ops Covid-19 di kawasan susur Lebuhraya Kota Iskandar menuju Lebuhraya Sultan Ismail pada jam 6 petang.

"Mereka yang dikompaun itu berusia 16 hingga 19 tahun terdiri daripada lapan lelaki dan seorang wanita. Remaja itu terdiri daripada pelajar, pekerja kilang, kakitangan swasta dan nelayan.

"Hasil pemeriksaan mendapati kesemua mereka melakukan kesalahan keluar melebihi radius 10 kilometer dari alamat tempat tinggal tanpa sebarang alasan munasabah," katanya dalam satu kenyataan pada Isnin.

Dzulkhairi berkata, kumpulan remaja tersebut juga tidak mempunyai sebarang dokumen kebenaran daripada mana-mana pihak.

Sehubungan itu, katanya, kesemua mereka dikenakan kompaun dengan keseluruhan berjumlah RM18,000.

Artikel Berkaitan: