Pemadaman longgokan tayar di Kampung Sawah diteruskan: Bomba

Laporan Sinar Harian pada Sabtu.
Laporan Sinar Harian pada Sabtu.
A
A
A

SHAH ALAM - Operasi pemadaman longgokan tayar yang dipotong untuk dijadikan sumber bahan bakar di kawasan seluas 0.37 hektar di Kampung Sawah berhampiran jeti Pulau Carey yang hampir 22 jam terbakar sejak semalam (Sabtu), diteruskan pada Ahad.

Pengarah Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Selangor, Norazam Khamis berkata, pihaknya bertungkus lumus memadam sisa-sisa bara api daripada longgokan tayar tersebut dengan bantuan empat ekskavator.

“Punca kebakaran masih dalam siasatan, bagaimanapun tiada mangsa dilaporkan terlibat dalam kebakaran ini,” katanya kepada pemberita pada Ahad.

Pihaknya menerima panggilan berkenaan kejadian itu pada 4.07 petang semalam dan seramai 15 anggota dari Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Telok Panglima Garang, BBP Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) dan BBP Sungai Pinang bergegas ke lokasi kejadian.

“Ketika itu, (Sabtu) kebakaran dapat dikawal dan hanya tinggal 30 peratus daripada keseluruhan kebakaran dan hari ini operasi pemadaman diteruskan dan baki kebakaran tinggal 15 peratus setakat 8.30 pagi tadi,” katanya.

Norazam berkata, sebanyak enam anggota dari BBP Telok Panglima Garang dan BBP KLIA sedang berusaha memadamkan kebakaran tersebut pada Ahad.

ARTIKEL BERKAITAN: Potongan longgokan tayar terbakar

Artikel Berkaitan: