Dengar keluhan rakyat, tutup operasi kilang

Mohd Razlan Rafii
Mohd Razlan Rafii
A
A
A

SHAH ALAM - Kerajaan perlu mendengar keluhan rakyat yang mahukan operasi kilang dihentikan bagi melandaikan lengkungan penularan wabak Covid-19 dalam negara.

Ahli Majlis Tertinggi UMNO, Datuk Mohd Razlan Rafii berkata, pembukaan kilang semasa tempoh sekatan pergerakan penuh sudah dijangka akan menyebabkan jumlah kes jangkitan Covid-19 tidak dapat diturunkan.

“Dari hari pertama kerajaan umumkan lockdown, rakyat sudah mengeluh berkenaan operasi kilang-kilang yang berleluasa.

“Tapi seperti biasa, kerajaan mengambil keluhan dan rungutan ini sebagai masuk telinga kiri keluar telinga kanan,” katanya dalam kenyataan di Facebook pada Ahad.

Sementara itu, Mohd Razlan berkata, ramai penganalisis memberi jaminan vaksin adalah jalan keluar daripada wabak itu, namun Perdana Menteri memaklumkan imuniti kelompok hanya boleh dicapai hingga bulan Disember.

“Adakah rakyat terpaksa duduk di rumah sehingga Disember walhal tindakan total lockdown separuh masak inilah yang menyebabkan kegagalan untuk menurunkan kes," jelasnya.

Mengulas lanjut, beliau menyeru kerajaan mencari penyelesaian yang tuntas untuk menurunkan kes Covid-19 kerana rakyat sudah semakin tertekan.

“Di mana lagi rakyat nak mengadu, sedangkan tindakan pihak istana memberi nasihat pun kerajaan pekakkan telinga? Sanggup mempolitikkan kepentingan rakyat.

Artikel Berkaitan:

“Jangan kita sengsarakan 90 peratus kehidupan rakyat yang berdisiplin kekal duduk di rumah,” soalnya.