Kaki budak lelaki tersepit celah lidi basikal

Keadaan mangsa yang tersepit dan diselamatkan oleh anggota BBP Bukit Angin yang tiba ke lokasi kejadian.
Keadaan mangsa yang tersepit dan diselamatkan oleh anggota BBP Bukit Angin yang tiba ke lokasi kejadian.
A
A
A

TEMERLOH - Seorang kanak-kanak lelaki terpaksa menahan kesakitan seketika selepas kakinya tersepit di celah lidi basikal, malam tadi.

Dalam kejadian yang berlaku jam 9.22 malam di Jambatan Temerloh dekat Kampung Padang Tenggala itu, mangsa yang berusia sembilan tahun diselamatkan anggota bomba.

Timbalan Pengarah Jabatan Bomba Dan Penyelamat Malaysia (JBPM) negeri,Mohd Sani Harul berkata, tujuh anggota dari Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Bukit Angin dengan dua jentera bergegas ke lokasi kejadian sebaik menerima panggilan mengenai insiden terbabit.

Mangsa diselamatkan oleh anggota bomba untuk mengeluarkan kakinya yang tersepit di celah lidi basikal.
Mangsa diselamatkan oleh anggota bomba untuk mengeluarkan kakinya yang tersepit di celah lidi basikal.

Menurutnya, mereka tiba empat minit kemudian di lokasi kejadian dan mendapati mangsa tersangkut pada lidi basikal bahagian depan.

"Bomba menggunakan playar untuk memotong lidi basikal dan berjaya mengeluarkan kaki kanak- kanak tersebut.

"Kemudian anggota EMRS memberi rawatan awal kepada kanak-kanak tersebut dan seterusnya di hantar ke Hospital Sultan Haji Ahmad Shah (Hoshas) untuk rawatan selanjutnya," katanya.

Artikel Berkaitan: