X

Kindly register in order to view this article
!

Polis buka kertas siasatan pegawai diaibkan di WhatsApp

Mohd Haris
A
A

PENAMPANG - Polis Penampang membuka satu kertas siasatan berhubung mesej tular mengaibkan seorang pegawai kanan Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Penampang yang menjalankan tugas penguatkuasaan pematuhan prosedur operasi standard (SOP) Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) 3.0.

Mesej yang tular di aplikasi WhatsApp sejak pagi Sabtu itu menyatakan ayat 'Travelling from Lido (KK) to Survey Supermarket (Ppang) without valid reason summoned for inter - district travel, RM5,000. Orang gila punya kerja?'

Ketua Polis Daerah Penampang, Deputi Superintendan Mohd Haris Ibrahim berkata, pihaknya terkesan dengan mesej yang tular membabitkan seorang pegawainya yang menjalankan tugas penguatkuasaan di daerah ini.

"Hasil semakan mendapati, mesej yang ditularkan itu berhubung satu kes kompaun yang dikeluarkan oleh pegawainya yang bertugas di IPD Penampang terhadap seorang individu yang didapati bersalah kerana membuat pergerakan rentas daerah tanpa kebenaran.

"Oleh itu, IPD Penampang sedang menjalankan siasatan terhadap individu berkenaan dan satu kertas siasatan telah dibuka di bawah Seksyen 509 Kanun Keseksaan iaitu perkataan atau isyarat yang mengaibkan kehormatan orang.

"Jika sabit kesalahan boleh dikenakan hukuman penjara maksimum lima tahun atau dengan denda atau kedua-duanya sekali," katanya dalam satu kenyataan pada Sabtu.

Sehubungan itu, Mohd Haris menasihatkan orang ramai supaya tidak sewenang-wenangnya memuat naik, tularkan dan kongsi suatu kenyataan yang boleh mengaibkan mana-mana pihak terutama melibatkan kredibiliti pasukan Polis Diraja Malaysia (PDRM) di platform media sosial.


Dapatkan laporan yang lebih eksklusif dan kritis, sila layari Sinar Premium
Artikel ini ialah ©️ 2018 Hakcipta Terpelihara Kumpulan Karangkraf. Sebarang salinan tanpa kebenaran akan dikenakan tindakan undang-undang

Newsletter

Berita Telus & Tulus hanya untuk anda setiap hari. Langgan Sekarang!