Hanya sayur rosak, tidak berkualiti dibuang

Pada PKP kali ini, pengusaha sayuran di Cameron Highlands mengawal pengeluaran mereka dengan lebih awal bagi mengelakkan kerugian dan pembuangan sayuran tidak terjual.
Pada PKP kali ini, pengusaha sayuran di Cameron Highlands mengawal pengeluaran mereka dengan lebih awal bagi mengelakkan kerugian dan pembuangan sayuran tidak terjual.
A
A
A

CAMERON HIGHLANDS - Pembuangan hasil pertanian di Cameron Highlands hanya melibatkan sayuran yang sudah rosak atau tidak memenuhi kualiti standard untuk dipasarkan.

Setiausaha Agung Persatuan Pekebun Sayur Cameron Highlands, Chay Ee Mong berkata, pembuangan hasil tanaman itu tidak melibatkan sayuran yang tidak terjual dan masih dalam keadaan baik serta boleh dipasarkan kepada pembeli.

Menurutnya, amalan itu merupakan prosedur biasa kerana kesemua sayuran daripada ladang akan melalui proses penggredan sebelum diserahkan kepada pemborong untuk dihantar ke seluruh negara atau bagi tujuan dieksport.

Ee Mong
Ee Mong

“Sememangnya menjadi kebiasaan pengusaha membuang sayuran yang rosak secara semula jadi atau yang tidak mengikut tahap kualiti ditetapkan.

“Setiap hari antara 100 hingga 150 kilogram (kg) tomato rosak dibuang oleh pekebun di sini (Cameron Highlands) disebabkan perkara ini,” katanya ketika ditemui di sini pada Khamis.

Ee Mong berkata, jumlah sayuran harian yang dilupuskan itu hanya sekitar dua ke lima peratus daripada keseluruhan hasil pertanian dikeluarkan pengusaha.

Cameron Highlands dan Lojing, Gua Musang merupakan pengeluar utama sayuran negara dengan jumlah hasil pertanian antara 600,000 ke 800,000kg sehari yang dikeluarkan lebih 2,000 pengusaha.

Artikel Berkaitan:

Pada 19 Jun lalu, media melaporkan mengenai 150 tan atau 150,000kg lambakan sayur-sayuran dibuang di Lojing, Gua Musang setiap hari berikutan pandemik Covid-19 dan pelaksanaan PKPD.

Mengulas mengenai perkara itu, Ee Mong berkata, pengusaha lazimnya akan tetap menghantar sayuran yang tidak terjual dan masih baik kepada mana-mana penjual atau pemborong pada harga murah di samping turut memberikannya bagi tujuan kebajikan.

Menurutnya, isu lambakan sayuran tidak terjual didapati hanya berlaku ketika Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) pertama tahun lalu kerana pelaksanaan mengejut sekatan pergerakan yang menyebabkan proses penghantaran terhenti.

Kesemua sayuran daripada ladang akan melalui proses penggredan sebelum diserahkan kepada pemborong untuk dihantar ke seluruh negara atau bagi tujuan dieksport.
Kesemua sayuran daripada ladang akan melalui proses penggredan sebelum diserahkan kepada pemborong untuk dihantar ke seluruh negara atau bagi tujuan dieksport.

Jelasnya, turut menyumbang kepada isu tersebut pada ketika itu adalah penurunan mendadak di peringkat pasaran, namun perkara itu dapat dielakkan oleh pengusaha pada PKP kali ini dengan cara mengawal pengeluaran mereka lebih awal.

Bagaimanapun, Ee Mong berkata, isu sedemikian didapati tidak berlaku di kawasan pertanian itu ketika PKP 3.0 yang bermula Jun lalu kerana pekebun sudah membuat persediaan dengan mengawal pengeluaran mereka untuk tempoh tersebut.

Tambah beliau, kejadian lambakan sayuran tidak terjual berkemungkinan besar tidak berlaku jika tiada sekatan pergerakan yang dikenakan terhadap pengusaha dan pemborong sayuran di kawasan tersebut.

Tempat pembuangan hasil tanaman yang didakwa menerima sayuran tidak terjual dengan jumlah yang besar ekoran wabak Covid-19 dan pelaksanaan PKPD baru-baru ini.
Tempat pembuangan hasil tanaman yang didakwa menerima sayuran tidak terjual dengan jumlah yang besar ekoran wabak Covid-19 dan pelaksanaan PKPD baru-baru ini.

Aktiviti pertanian dan rantaiannya termasuk pengangkutan hasil tanaman di beberapa kawasan Cameron Highlands yang dikenakan Perintah Kawalan Pergerakan Diperketatkan (PKPD) dibenarkan beroperasi seperti biasa selepas kerajaan meletakkannya sebagai sektor perkhidmatan perlu pada 16 Jun lalu.

Dalam pada itu, pengusaha tomato di Lojing, Goh Ka Keng berkata, dakwaan sesetengah pihak mengenai berlakunya lambakan sayur dengan jumlah yang agak besar di sebuah tempat di kawasan tersebut adalah tidak tepat.

Ka Keng
Ka Keng

Dia yang juga antara pengeluar utama tomato di Lojing menjelaskan, tempat pembuangan sayuran yang didakwa itu adalah berdekatan dengan kawasan pertanian syarikatnya dan ia digunakan oleh dua lagi pengusaha lain bagi membuang hasil tanaman yang rosak.

Ka Keng berkata, jumlah pembuangan sayuran rosak terkumpul untuk tempoh seminggu syarikatnya adalah sangat kecil iaitu hanya sejumlah 100kg daripada 300,000 ke 400,000kg hasil tanamannya.

Sementara itu, Penolong Pegawai Pertanian Lojing, Mohd Azuan Shamsudin berkata, pihaknya tidak menerima sebarang aduan berkaitan masalah pemasaran daripada 890 pengusaha sayuran yang berdaftar di bawahnya termasuk petani kecil dan bumiputera ketika PKP 3.0.

Mohd Azuan
Mohd Azuan

Beliau berpendapat, masalah tersebut berkemungkinan tidak timbul kerana sebahagian besar pengusaha sayuran di kawasan tersebut khususnya pengeluar utama sudah memiliki pusat pengumpulan dan pembungkusan sendiri bagi tujuan pemasaran.