PKPB gesa kerajaan benarkan buka pusat latihan kemahiran

No Image Caption
A
A
A

SHAH ALAM - Pertubuhan Kebangsaan Pekerja Berkemahiran (PKPB) menggesa kerajaan melalui Kementerian Sumber Manusia (KSM) segera memberi kebenaran pembukaan operasi Pusat Latihan Kemahiran yang melaksanakan pendidikan dan latihan teknikal (TVET).

Setiausaha Agung, Mohamad Rizan Hassan berkata, pembukaan TVET dapat membantu golongan belia meneruskan latihan amali dan praktikal yang memerlukan 70 hingga 80 peratus kerja di bengkel.

Gesaan berkenaan berikutan pembelajaran secara dalam talian terbatas kepada teorikal sahaja.

"Walaupun kemajuan teknologi memberi peluang pembelajaran jarak jauh dan dalam talian, ia bukanlah pengganti jangka panjang untuk pembelajaran di bengkel dan latihan kemahiran praktikal.

"Elemen latihan TVET menekankan aspek kerja tangan dan aktiviti yang boleh dijalankan di bengkel dengan alatan, kemudahan serta bahan tertentu.

"Industri juga kekurangan tenaga kerja belia berkemahiran yang terlatih di institusi latihan kemahiran awam dan swasta (LKA/S)," katanya dalam kenyataan pada Jumaat.

Rizan berkata, pandemik Covid-19 memberi peluang kepada belia untuk penempatan pekerjaan kerana industri tidak membenarkan membawa masuk pekerja asing dan pekerja sedia ada juga semakin ramai di hantar pulang.

"Sejak dua tahun ini industri tidak mendapat bekalan tenaga kerja dari ILKA/S atas beberapa sebab termasuk pelatih sedia ada belum menamatkan latihan elemen praktikal dan tidak menamatkan latihan lebih serta memasuki pekerjaan dengan kelayakan akademik rendah.

Artikel Berkaitan:

"Semakin banyak ILKS menutup operasi dan dijangka lebih banyak penutupan berlaku dalam tempoh terdekat serta kekurangan kritikal pengambilan pelatih baru.

Jelas beliau, gesaan tersebut perlu diberi perhatian serius kerana ia di tahap kritikal dalam mendepani isu bekalan tenaga kerja terlatih di Malaysia.

"Tanpa bekalan tenaga kerja yang mencukupi menyebabkan industri terus mendesak kerajaan untuk membawa masuk pekerja asing yang akhirnya menimbulkan kegusaran, kebimbangan serta keresahan masyarakat.