X

Kindly register in order to view this article
!

Lelaki gelang 'pink' isi minyak kereta dikenal pasti

Aksi lelaki yang memakai gelang pengawasan merah jambu dengan tidak memakai pelitup muka tular di laman sosial pada Rabu. - Foto ihsan PDRM
A
A

BENTONG - Polis telah mengenal pasti seorang lelaki yang memakai gelang berwarna merah jambu dirakam sedang mengisi minyak di sebuah stesen minyak di Batu 1, Bentong.

Ketua Polis Daerah Bentong, Superintendan Zaiham Mohd Kahar berkata, aksi lelaki berusia 25 tahun itu yang juga tidak memakai pelitup muka tular di media sosial kira-kira jam 2 petang pada Rabu.

Menurutnya, siasatan awal pihak polis mendapati lelaki yang juga warga tempatan itu dalam perjalanan ke Pejabat Kesihatan Daerah (PKD) Bentong.

"Individu terbabit ke PKD tersebut untuk memotong gelang pengawasan merah jambu berkenaan.

"Namun kereta lelaki terbabit kehabisan minyak dan singgah di stesen minyak itu untuk mengisi minyak kenderaannya," katanya dalam satu kenyataan media pada Rabu.

Jelasnya, laporan polis telah dibuat ke atas lelaki terbabit kerana tidak memakai pelitup muka berdasarkan gambar yang tular.

Tambahnya, siasatan akan dijalankan mengikut Seksyen 269 Kanun Keseksaan kerana perbuatan cuai yang mungkin merebakkan kejangkitan apa-apa penyakit yang berbahaya kepada nyawa.

"Siasatan juga dijalankan mengikut Seksyen 17(1) Akta Pencegahan dan Pengawalan Penyakit Berjangkit 2021," tambahnya lagi.


Dapatkan laporan yang lebih eksklusif dan kritis, sila layari Sinar Premium
Artikel ini ialah ©️ 2018 Hakcipta Terpelihara Kumpulan Karangkraf. Sebarang salinan tanpa kebenaran akan dikenakan tindakan undang-undang

Newsletter

Berita Telus & Tulus hanya untuk anda setiap hari. Langgan Sekarang!