X

Kindly register in order to view this article
!

Cemas ular tedung masuk baju

Anggota bomba berjaya menangkap anak ular yang memasuki baju yang dipakai kanak-kanak itu. Foto: Ihsan JBPM
A
A

PONTIAN - Seorang kanak-kanak lelaki berusia lapan tahun berdepan detik cemas apabila seekor anak ular tedung masuk ke dalam baju yang dipakainya, di Kuarters Balai Polis Ayer Baloi, pada Rabu.

Bagaimanapun, dia bernasib baik apabila ahli keluarganya bertindak pantas dengan menghubungi Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Pontian yang kemudiannya bergegas ke lokasi kejadian, pada jam 12.35 tengah hari.

Ketua Balai Bomba dan Penyelamat Pontian, Penolong Penguasa Bomba Azhar Abd Jalil berkata, satu jentera FRV dari Fire Post Benut dengan kekuatan tiga anggota telah dihantar ke lokasi kejadian.

"Sejurus sampai, kita dapati seekor anak ular tedung hitam berukuran 0.5 meter berada di dalam baju kanak-kanak lelaki berkenaan.

"Ular itu dipercayai masuk ke dalam baju ketika mangsa berbaring di ruang pantri," katanya dalam satu kenyataan pada Rabu.

Menurutnya, anggota bomba bertindak menggunting baju kanak-kanak tersebut dan menangkap ular menggunakan alat penjerut.

"Ular tersebut berjaya ditangkap dan dilepaskan jauh dari penempatan awam manakala mangsa tidak mengalami sebarang kecederaan," katanya.


Artikel ini ialah ©️ 2018 Hakcipta Terpelihara Kumpulan Karangkraf. Sebarang salinan tanpa kebenaran akan dikenakan tindakan undang-undang

Newsletter

Berita Telus & Tulus hanya untuk anda setiap hari. Langgan Sekarang!