X

Kindly register in order to view this article
!

Lelaki maut jatuh tingkat 10 pangsapuri

Seorang lelaki maut selepas terjatuh daripada tingkat 10 sebuah pangsapuri di Jalan Bagan Ajam, Butterworth. Mayat lelaki ditemui dengan kesan pendarahan di kepala.
A
A

BUTTERWORTH - Seorang lelaki maut selepas terjatuh daripada tingkat 10 sebuah pangsapuri di Jalan Bagan Ajam di sini, petang Rabu.

Dalam kejadian jam 6.45 petang, lelaki berusia 26 tahun itu ditemui terbaring di kawasan koridor dengan kesan pendarahan di kepala oleh penduduk pangsapuri berkenaan.

Ketua Polis Daerah Seberang Perai Utara (SPU), Asisten Komisioner Noorzainy Mohd Noor berkata, siasatan awal polis mendapati, lelaki terbabit memasuki pangsapuri terbabit dengan menaiki sebuah motosikal sebelum dia dilihat terus menaiki lif ke tingkat 10.

Menurutnya, beberapa saksi melihat lelaki itu duduk melunjur kaki keluar di balkoni kaki lima tingkat 10 sebelum dia dilihat terjatuh.

"Beberapa penduduk berhampiran pangsapuri berkenaan juga sempat merakam kejadian itu sebelum ia tular di laman sosial.

"Hasil siasatan dan keterangan yang diambil daripada isteri lelaki terbabit memaklumkan yang suaminya mengalami tekanan perasaan sejak kebelakangan ini berikutan perniagaan makanan yang diceburi gagal dan mengalami kerugian, malah suaminya pernah mendapatkan rawatan di sebuah klinik swasta empat hari lalu," katanya ketika dihubungi Sinar Harian di sini pada Rabu.

Noorzainy berkata, tiada sebarang unsur jenayah dikesan berlaku dan mayat dibawa ke Hospital Seberang Jaya untuk bedah siasat.

Katanya, kes berkenaan diklasifikasikan sebagai mati mengejut.


Artikel ini ialah ©️ 2018 Hakcipta Terpelihara Kumpulan Karangkraf. Sebarang salinan tanpa kebenaran akan dikenakan tindakan undang-undang

Newsletter

Berita Telus & Tulus hanya untuk anda setiap hari. Langgan Sekarang!