Durian bertaburan di lebuh raya

Buah durian bertaburan di atas jalan selepas lori muatan raja buah itu terbabas dan terbalik di Kilometer 279.9 Lebuhraya Utara - Selatan (arah utara) pada Rabu.
Buah durian bertaburan di atas jalan selepas lori muatan raja buah itu terbabas dan terbalik di Kilometer 279.9 Lebuhraya Utara - Selatan (arah utara) pada Rabu.
A
A
A

NILAI - Hampir satu tan buah durian bertaburan di atas jalan selepas lori muatan raja buah itu terbabas sebelum terbalik di Kilometer 279.9 Lebuhraya Utara-Selatan (arah utara) pada Rabu.

Ketua Polis Daerah Nilai, Superintendan Mohd Fazley Ab Rahman berkata, kejadian jam 1.55 petang itu berlaku ketika lori berkenaan yang menghala ke Kuala Lumpur dari Segamat hilang kawalan dipercayai kerana tayar belakang sebelah kiri pecah sebelum terbabas dan terbalik di lorong kiri.

"Akibat kemalangan, pemandu lori dan seorang kelindan masing-masing berumur 25 dan 52 tahun mengalami kecederaan ringan," katanya dalam satu kenyataan di sini pada Rabu.

Beliau berkata, buah durian yang dibawa bertaburan di atas lebuh raya.

"Kes seterusnya disiasat oleh Unit Siasatan Lebuhraya Bukit Aman dan dibuka di bawah Rule 10 LN 166/59. Siasatan lanjut masih diteruskan," katanya.

Artikel Berkaitan: