X

Kindly register in order to view this article
!

Notis pemakluman pembukaan DUN Johor diserah minggu pertama Julai

Foto laman web rasmi Dewan Negeri Johor
A
A

JOHOR BAHRU - Notis pemakluman pembukaan semula Persidangan Dewan Undangan Negeri (DUN) Johor akan diserahkan kepada semua 56 Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) seawal minggu pertama, Julai ini.

Speaker DUN Johor, Suhaizan Kaiat berkata, pihaknya mempunyai tempoh 21 hari untuk menyerahkan kesemua notis berkenaan sebelum DUN dijangka bersidang pada 12 Ogos nanti.

"Notis akan dihantar kepada semua wakil rakyat di negeri ini termasuklah kepada Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin yang juga merupakan ADUN Gambir.

"Kita mempunyai masa yang mencukupi untuk membuat semua persiapan yang diperlukan bagi mematuhi prosedur operasi standard (SOP) mengikut saranan Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) dan Majlis Keselamatan Negara (MKN).

"Antara prosedur yang mungkin akan dilaksanakan termasuk penjarakan kerusi kesemua ADUN serta pemasangan dinding penghadang," katanya ketika dihubungi pada Rabu.

Suhaizan berkata, Pembukaan Penggal Persidangan Keempat persidangan DUN Johor yang akan diadakan di Kota Iskandar dekat Iskandar Puteri itu akan dirasmikan Sultan Johor Sultan Ibrahim Almarhum Sultan Iskandar.

Sultan Ibrahim menerusi Facebook rasminya hari ini berkenan agar persidangan DUN Johor diadakan pada 12 Ogos ini.

Baginda bertitah persidangan DUN itu bagi membolehkan kesemua wakil rakyat yang dilantik bersidang demi kepentingan rakyat dan negeri Johor. - Bernama

ARTIKEL BERKAITAN: Sultan Johor rasmi persidangan DUN 12 Ogos ini


Dapatkan laporan yang lebih eksklusif dan kritis, sila layari Sinar Premium
Artikel ini ialah ©️ 2018 Hakcipta Terpelihara Kumpulan Karangkraf. Sebarang salinan tanpa kebenaran akan dikenakan tindakan undang-undang

Newsletter

Berita Telus & Tulus hanya untuk anda setiap hari. Langgan Sekarang!