Taktik sembunyi rokok seludup dalam pondok gagal

Pelbagai jenis jenama rokok dipercayai diseludup dari negara jiran disembunyikan di sebuah pondok kecil kawasan hutan bakau di Kampung Puyut, Lahad Datu.
Pelbagai jenis jenama rokok dipercayai diseludup dari negara jiran disembunyikan di sebuah pondok kecil kawasan hutan bakau di Kampung Puyut, Lahad Datu.
A
A
A

LAHAD DATU - Taktik penyeludup dengan menyembunyikan rokok bernilai RM121,938 di sebuah pondok kecil di kawasan bakau gagal mengaburi mata pihak berkuasa apabila diserbu Pasukan Polis Marin (PPM) dalam kejadian di Kampung Puyut, awal pagi Selasa.

Pegawai Pemerintah Markas Operasi, PPM Lahad Datu, Superintendan Gan Ping Sin berkata, serbuan dilakukan kira-kira jam 6.30 pagi di kawasan itu selepas menerima maklumat daripada orang awam.

Menurutnya, terdapat sebuah pondok kecil tidak berpenghuni dalam keadaan yang mencurigakan di kawasan bakau itu.

"Pemeriksaan lanjut membawa kepada penemuan ribuan rokok pelbagai jenama yang disembunyikan di dalam beg plastik berwarna hitam.

"Semua rokok itu disyaki diseludup masuk dari negara jiran dan dianggarkan bernilai RM121,938.96 berdasarkan harga pasaran semasa," katanya ketika dihubungi pada Selasa.

Ping Sin berkata, semua barang rampasan diserahkan kepada Jabatan Kastam Cawangan Lahad Datu untuk tindakan lanjut dan kes disiasat mengikut Seksyen 135 (1) Akta Kastam 1967," katanya.

Katanya, PPM Wilayah 4 Sabah amat mengalu-alukan masyarakat supaya menyalurkan sebarang maklumat yang melanggar undang-undang kepada PPM untuk tindakan segera dengan menghubungi Markas Operasi PPM Lahad Datu di talian 013-9808084 atau menerusi aplikasi WhatsApp di talian 013-2831197.

Artikel Berkaitan: