X

Kindly register in order to view this article
!

Cirit-birit menjejaskan gaya hidup anda?

A
A

Bukan hanya sakit, mungkin memalukan juga

Pada suatu petang Jumaat, James bergegas meninggalkan pejabatnya untuk mengharungi lalu lintas Kuala Lumpur yang sibuk demi temujanji pertama dengan kekasihnya yang baru. Namun, hujan yang lebat menyebabkan kesesakan lalu lintas yang amat teruk. Di tengah perjalanan, dia mengalami kesakitan abdomen yang teramat sangat.

Dalam beberapa minit, dia terkentut – dia terkejut apabila menyedari dirinya terbuang sedikit air besar dalam seluarnya. Tentulah situasi cirit birit sebegini tidak menyenangkan dan tidak dijangka. Walaupun masih berada dalam kesakitan di tengah-tengah hujan ribut, James menarik nafas lega kerana dia bersendirian di dalam kenderaaannya – mengelakkan dirinya daripada dikecam orang.

Terlalu segan untuk menjelaskan pada si dia apa yang sebenarnya berlaku, dia mengatakan kepadanya “Tiba-tiba ada kerja yang perlu disiapkan dan kesesakan lalu lintas sangat teruk!” Sudah pasti janji temu yang dinanti-nantikan itu terpaksa dibatalkan.

Walaupun James hanyalah satu watak rekaan semata-mata, dia tidak keseorangan. Masalah cirit-birit boleh mengakibatkan seseorang mengambil cuti perubatan, meninggalkan mesyuarat atau acara kerja, atau janji temu penting malah ada yang sehingga rutin harian juga terganggu.

Situasi cirit-birit di dalam kenderaan bukan sesuatu yang mengejutkan memandangkan secara purata, orang ramai di Kuala Lumpur menghabiskan masa yang lama setiap hari dalam kesesakan lalu lintas. Bayangkan jika anda mengalami keperitan seperti ini. Sudah pasti cirit-birit boleh menjejaskan gaya hidup anda!

Walaupun situasi seperti ini kurang menyenangkan dan memalukan, ada sesetengah orang yang bersedia mengakui masalah ini. Walau bagaimanapun, mereka hanya akan berkongsi dengan ahli keluarga atau kawan rapat untuk ‘menyelamatkan air muka’.Cirit-birit adalah masalah yang lebih besar daripada yang kita sanggup akui.

Kajian pakar mendedahkan bahawa gejala cirit-birit akut masih menjadi masalah kesihatan awam di Malaysia.

Memang ramai orang berkata punca utama cirit-birit adalah keracunan makanan atau disebabkan makanan yang tercemar. Walaupun ada kebenarannya, ada pelbagai lagi punca cirit-birit. Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO) menyatakan bahawa cirit-birit biasanya merupakan satu gejala jangkitan dalam saluran usus, yang mungkin disebabkan oleh organisma bakteria, virus dan parasit. Jangkitan dikatakan merebak menerusi makanan atau air minuman yang tercemar, atau dari manusia ke manusia disebabkan tahap kebersihan yang kurang baik 1.

Mengakui masalah ini cuma membawakan kemenangan separa dalam peperangan! Persoalan yang lebih penting ialah bagaimana kita merawat cirit-birit? Penghidratan yang baik adalah salah satu langkah utama kerana ancaman paling besar yang disebabkan oleh cirit-birit ialah dehidrasi, seperti yang ditekankan oleh WHO.

Menurut WHO, ketika cirit-birit berlaku, pesakit akan mengalami kehilangan air dan elektrolit (natrium, kalium dan bikarbonat) menerusi najis cair, muntah, peluh, air kencing dan pernafasan. Selain sakit perut, ini juga menyebabkan pesakit berasa lemah dan lesu.

Walaupun sesetengah orang mungkin berjumpa doktor atau ahli farmasi untuk mendapatkan rawatan perubatan, ada yang hanya cuma meminum air secukupnya atau mengambil cuti dan berehat.

Salah satu kaedah merawat dan mengurangkan masa pemulihan bagi gejala cirit-birit akut ialah diosmectite sejenis tanah liat semula jadi yang boleh dimakan. Satu kajian penting mengenai “Keberkesanan Diosmectite (Smecta) untuk Merawat Gejala Cirit-Cirit Berair Di Kalangan Dewasa” menunjukkan bahawa Smecta mengurangkan masa untuk sembuh sebanyak 15 jam di kalangan orang dewasa2.

Smecta ialah suspensi oral yang boleh digunakan untuk orang dewasa dan kanak-kanak berusia lebih daripada 2 tahun bagi merawat gejala cirit-birit. Ia membentuk suatu lapisan perlindungan pada usus untuk mempercepatkan pemulihan lapisan usus yang rosak akibat cirit-birit.

Smecta berada di pasaran global selama 45 tahun dan terkenal untuk perisa Oren-Vanilanya di Malaysia. Syarikat ini juga menghasilkan suspensi oral SmectaGo dalam paket yang dirumus khas untuk mereka yang mempunyai gaya hidup yang sibuk dan sentiasa bergerak! SmectaGo yang berperisa karamel koko bakal menjadi pilihan ramai sebagai penyelesaian yang cepat untuk cirit birit kerana ia mudah diambil dalam bentuk suspensi oral yang sedia untuk diminum. Smecta juga memasarkan perisa Smecta Strawberry dalam bentuk sachet, yang sesuai untuk orang dewasa dan kanak-kanak.

Acara maya SmectaGo bertajuk Take a Stand with Smecta!” akan berlangsung pada hari Khamis, 8 Julai 2021, jam 8 malam. Acara maya untuk tontonan umum ini akan menampilkan barisan pelawak terkenal Malaysia yang akan membuatkan anda tidak kering gusi dengan persembahan komediri yang membincangkan situasi ketika anda perlu bergegas ke bilik air. Rakyat Malaysia boleh menonton rancangan komedi tersebut di https://www.facebook.com/smectamalaysia

Artikel kesihatan ini dibawakan kepada anda oleh Smecta. Ia dihasilkan oleh Ipsen dan dipasarkan oleh EP Plus. Smecta boleh didapati di semua farmasi dan klinik-klinik utama di Malaysia. Untuk maklumat lanjut, sila layari https://www.facebook.com/smectamalaysia

Rujukan:

1. WHO diarrhoeal disease factsheet: www.who.int/en/news-room/fact-sheets/detail/diarrhoeal-disease

2. “Efficacy of Diosmectite (Smecta) in the Treatment of Acute Watery Diarrhoea in Adults; Khediri et. al. Gastroenterology Research and Practice; 2011

Penafian: Pandangan dan pendapat yang dinyatakan dalam artikel ini adalah daripada penulis dan tidak semestinya mencerminkan pandangan penerbitan ini atau mana-mana organisasi lain. Contoh daripada tinjauan persepsi yang dijalankan di dalam artikel ini hanya digunakan sebagai contoh. Ia tidak harus digunakan dalam sebarang bentuk untuk apa-apa tujuan perubatan atau situasi kehidupan sebenar kerana ia berdasarkan data terhad dan diperolehi dari dalam negara. Andaian yang dibuat di dalam artikel tidak mencerminkan kedudukan mana-mana entiti syarikat.


Artikel ini ialah ©️ 2018 Hakcipta Terpelihara Kumpulan Karangkraf. Sebarang salinan tanpa kebenaran akan dikenakan tindakan undang-undang

Newsletter

Berita Telus & Tulus hanya untuk anda setiap hari. Langgan Sekarang!