PSM khuatir peratusan keluar mengundi rendah

Pengarah Pilihan Raya Parti Sosialis Malaysia (PSM) bagi PRK DUN Semenyih, S Arulchelvan bercakap pada media di sidang media, di sini, hari ini. - Foto Sinar Harian/SHARIFUDIN ABDUL RAHIMc
Pengarah Pilihan Raya Parti Sosialis Malaysia (PSM) bagi PRK DUN Semenyih, S Arulchelvan bercakap pada media di sidang media, di sini, hari ini. - Foto Sinar Harian/SHARIFUDIN ABDUL RAHIMc
A
A
A

SEMENYIH - Pengarah Pilihan Raya Parti Sosialis Malaysia (PSM) bagi PRK DUN Semenyih, S Arulchelvan bimbang jumlah pengundi yang turun mengundi pada 2 Mac nanti mungkin rendah dan tidak menepati sasaran Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR).

Menurutnya, 'mood' pengundi terutamanya golongan muda dilihat tidak begitu memberangsangkan dan beliau melabelkannya sebagai '‘mood' di bawah sepi dan sejuk’.

Menurut Arulchelvan lagi, calon yang bukan nama besar juga mempengaruhi semangat pengundi di Semenyih yang sehingga kini dilihat tidak begitu teruja menghadapi PRK.

“Mood di bawah sepi dan sejuk. Kami fikir ini akan menjejaskan jumlah keluar mengundi. Ia mungkin berpunca daripada calon muka baharu, bukan heavyweight.

“Seolah-olah PRK kali ini dikuasai nama-nama besar seperi Najib (Datuk Seri Najib Tun Razak) dan Muhyiddin (Tan Sri Muhyiddin Yassin),” katanya dalam sidang media di Pejabat PSM, di sini, tengah hari tadi.

Tambahnya, beliau berharap anak muda yang tidak kelihatan teruja sepanjang kempen mengundi PSM sebagai tanda protes mereka terhadap calon lain.

“Anak muda kita nampak tidak berapa teruja dalam PRK ini. Keseronokan itu kita tidak nampak, hanya kita saja nampak teruja.

“Kita harap anak muda ini luahkan protes dengan cara undi PSM. Saya fikir calon PSM lebih banyak boleh dikaitkan dengan mereka,” ujarnya.

Artikel Berkaitan:

Nik Aziz Afiq Abdul. - Foto Sinar Harian/SHARIFUDIN ABDUL RAHIM
Nik Aziz Afiq Abdul. - Foto Sinar Harian/SHARIFUDIN ABDUL RAHIM

Sementara itu, calon PSM, Nik Aziz Afiq Abdul yang turut berada dalam sidang media itu berpendapat pencapaian PSM lebih tinggi daripada yang lain terutamanya dari aspek manifesto.

“Manifesto kita banyak manifesto tempatan yang mana rakyat bersetuju kerana ia adalah masalah tempatan.

“Lawan kita tidak mampu membangkitkan perkara sebegitu,” ujarnya.