Mangga Miyazaki termahal di India dijaga enam anjing

Pokok mangga Miyazaki termahal di dunia yang jarang ditanam di India dikawal enam ekor anjing dan empat pengawal keselamatan di Jabalpur. - Foto Hindustan Times
Pokok mangga Miyazaki termahal di dunia yang jarang ditanam di India dikawal enam ekor anjing dan empat pengawal keselamatan di Jabalpur. - Foto Hindustan Times
A
A
A

JABALPUR - Berikutan buah mangga premium Miyazaki Jepun termahal di dunia ditanam di Jabalpur India, pemiliknya terpaksa menggunakan khidmat enam ekor anjing menjaga tanaman tersebut.

Kisah menarik ini menjadi tular di laman sosial apabila pasangan suami isteri, Rani dan Sankalp Parihar turut mengupah empat pengawal keselamatan bagi melindungi dua pokok mangga yang kini sedang berbuah dalam kuantiti tujuh biji dan setiap satunya dianggarkan berharga Rs 21,000 (RM1,173), lapor Hindustan Times.

Dua pokok itu telah ditanam beberapa tahun lalu setelah mereka membeli dari seorang lelaki ketika dalam perjalanan menaiki kereta api ke Chennai.

Pada mulanya, Parihars terkejut apabila mendapati pokok mangga itu mengeluarkan buah dengan warna, saiz berbeza dari kebiasaan dan menyedari buah tersebut adalah yang paling mahal di dunia serta jarang ditemui.