Bila lagi nak bersidang

No Image Caption
A
A
A

AWANG harap tak timbul soal ‘tafsiran’ berhubung dengan titah Yang di-Pertuan Agong dan Raja-raja Melayu.

Titah baginda jelas, bersidanglah Parlimen secepat mungkin. Rakyat juga mahu Parlimen bersidang segera.

Memang tidak mudah nak buka semula Parlimen. Menurut yang bijak pasal peraturan Parlimen, ada protokol yang perlu diikut.

Ada notis yang perlu diberikan. Ada masa yang ditetapkan.

Kemudian timbul masalah logistik babitkan perjalanan ahli Parlimen, soalan yang nak dikemukakan dan macam-macam lagi.

Jadi bagi yang kata Parlimen boleh bersidang ‘secepat minggu depan’ kena tahu peraturan persidangan.

Bagaimanapun, hal ini perlulah dijelaskan kepada rakyat. Jikalau tidak nama baik kerajaan lebih buruk lagi.

Seolah-olah kerajaan sengaja cari alasan nak melambat-lambatkan sidang.

Artikel Berkaitan:

Ada yang kata berdasarkan kenyataan menteri bertanggungjawab seolah-olah tidak hormat titah dari Istana.

Awang rasa isu pembukaan Parlimen ini penting sangat. Ini asas demokrasi.

Darurat yang diisytiharkan dengarnya untuk tujuan nak tangani soal wabak.

Tapi banyak pihak berpendapat tanpa darurat pun tindakan itu boleh dijalankan.

Dengan bersidangnya Parlimen, rakyat boleh tahu apakah langkah sebenar kerajaan dalam tangani soal wabak itu.

Rakyat nak tahu berapa kos sebenar yang terlibat. Macam-macam cerita yang tersebar yang perlukan penjelasan.

Inilah masa yang baik bagi kerajaan jadi telus dan terbuka. Itulah peranan Parlimen.