Euro 2020: Eriksen dibenarkan keluar hospital

Eriksen semasa di Rigshopitalet di Copenhagen.
Eriksen semasa di Rigshopitalet di Copenhagen.
A
A
A

PERSEKUTUAN Bola Sepak Denmark (DBU) mengesahkan pemain tengah, Christian Eriksen dibenarkan keluar dari Rigshospitalet selepas menjalani pembedahan.

Doktor sebelum ini memaklumkan, bintang kelab Inter Milan berusia 29 tahun berkenaan perlu menjalani rawatan 'defibrillator jantung' untuk memperbetulkan rentak jantung tidak seragam.

"Eriksen akan kembali bersama ahli keluarganya.

"Pembedahan ke atas Eriksen berjalan lancar dan dibenarkan keluar dari Rigshospitalet.

"Hari ini juga rakan sepasukan di Helsingor telah meluangkan masa mengunjunginya," kata DBU dalam satu kenyataan.

Eriksen sebelum ini rebah pada minit ke-42, ketika Denmark menentang Finland pada aksi kumpulan B Euro 2020 di Stadium Parken, Copenhagen pada 13 Jun lalu.

ARTIKEL BERKAITAN: Pemain Denmark, Christian Eriksen rebah ketika perlawanan menentang Finland

Artikel Berkaitan: