'Itu hak mereka untuk bersuara'

Dr Streram ketika ditemu bual Sinar Live di pejabatnya, semalam.
Dr Streram ketika ditemu bual Sinar Live di pejabatnya, semalam.
A
A
A

SEREMBAN - "Itu hak masing-masing untuk memilih dan memberi pandangan, kita hormati setiap teguran."

Itu kenyataan balas Dr Streram mengenai Badan Bertindak Jentera Pilihanraya PH DUN Rantau yang menolaknya sebagai calon PRK, semalam.

Ketika diajukan soalan tersebut, Dr Streram hanya tersenyum sambil menyifatkan itu adalah hak masing-masing untuk memberi pandangan.

"Walaupun saya tidak pernah dengar nama mengenai badan bertindak ini, tetapi bagi saya biarlah mereka menyatakan pandangan kerana semua orang berhak bersuara, saya tidak layan perkara remeh seperti itu," katanya.

Sementara itu, bekas Ketua Penerangan PKR negeri, Mokhtar Ahmad berkata, pendirian menolak Dr Streram adalah tiada kaitan dengan pejabat pimpinan PKR negeri.

Mokhtar berkata, beliau sendiri tidak pernah mengetahui mengenai kewujudan jawatankuasa badan bertindak itu selama ini.

"Saya baru pertama kali dengar nama jawatankuasa badan bertindak itu, apa perjuangan yang mereka bawa pun saya di peringkat pimpinan PKR negeri tidak pernah tahu.

"Saya tahu mengenai nama ini pun, melalui sidang media yang dibuat hari ini (semalam), walau bagaimanapun kita tetap menghormati dan menerima setiap cadangan serta pandangan yang dibawa oleh akar umbi," katanya.

Artikel Berkaitan:

Beliau yang merupakan Setiausaha Politik kepada Menteri Besar Negeri Sembilan berkata, sebarang pandangan disuarakan oleh akar umbi adalah sebagai meraikan sistem demokrasi yang mana setiap orang berhak bersuara.

Katanya, niat mereka hanyalah mahu yang terbaik buat PH dan juga mempunyai matlamat sama iaitu mahu melihat calon lawan dikalahkan pada PRK Rantau.